Saturday 31 December 2011

Info : 24 Kesilapan Dalam Filem Ombak Rindu Yang Penonton Tak Sedar (24 Gambar)

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh Goof Spot ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.

“Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.

“Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam,” dakwa pemilik blog tersebut.


Menggelikan hati, Goof Spot turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali.

“Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.


“Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.


“Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. OMG, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.


“Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3,” katanya menyindir tentang logik filem tersebut.


Selain itu, Goof Spot turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.
“Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot,” katanya lagi.


Blog itu turut mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.
“Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah,” katanya kecewa kerana gagal mengesan bakul sampah itu.


Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.


Pemilik blog itu juga mempertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.
“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya.


“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu,” kritiknya lagi.


Goof Spot turut mendedahkan ‘auta’ filem itu pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.

“FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).


“Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah,” kata pemilik blog itu mendedahkan kelemahan filem itu.




23. Mail arah Seha suruh arah budak budak. Perhatikan budak pakai baju merah yang berada di belakang sana. Dia berada di batas yang lain. Tapi, syot seterusnya, korang akan perasan yang budak tu berada sebaris dengan batas Seha sebelum syot seterusnya menunjukkan budak tu kembali berada di batas yang lain semula secara tiba tiba.



24. Jika Izzah pakai kain batik, apakah benda berkotak yang berada di belakang Izzah yang nampak terbonjol dari bajunya yang nipis itu? Itu mungkin wireless mic.

72 comments:

  1. salam singgah utk kali pertama ,
    nicee entry...
    haha :D

    ReplyDelete
  2. mmg dah perasan dah yg baju basah,tali ngn mic tu.. huhu tp yg no phone pic tu x perasan lak oh termasuk bakul sampah sekali hehehe..

    ReplyDelete
  3. ala..korng yg komen cite tu bukan main nk ikut logik..mat saleh buat citer ade scene yg tk logik tu tk plak korang complaint..knape orng MALAYSIA nie duk tk penah puas hati dgan pencapaian hasil karya tempatan..knape?? aku tau niat nk bertegur..tp tegur direct kt director..bru btul..dgan care nie menjatuhkan maruah dorng..aduiii...mcm mne nk maju..pastu ade gmbr pelik edit katenyer..jahanam2..

    ReplyDelete
  4. haha..goof spot ni semua filem ade..hollywood lg bnyk e-mag diorg publish mende2 camni..ape bende plak org malaysia tak pernah puas hati pulak cik/encik anon 18:32?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous Buat Sang Anonymous 18:32 di atas, filem-filem blockbuster Barat pun diorang cari kesilapan macam ni. bahkan ada website untuk kesilapan ini http://www.moviemistakes.com. Tak perlu nak marah blogger kalau mengkaji kesilapan filem-filem Malaysia. Tanpa kritikan, kita tetap akan disajikan dengan filem-filem yang tak pernah ada perubahan. Malah saya berasa bangga dengan adanya orang mengkaji filem seperti ini. Ini menunjukkan yang mereka sanggup menghabiskan masa mereka yang sangta berharga.

    ReplyDelete
  6. anon 18.32 butthurt

    ReplyDelete
  7. boo... anon 18:32.. ko tu yang pikir negatif.. blah la.

    ReplyDelete
  8. ada satu lagi , buku yang dipegang oleh mak haris mase nk halau izzah tu terbalik laa =D .. hahahaha

    ReplyDelete
  9. yang baju basah tu perasan. yang lain x prasan sgt especially yg gamba tu kelakar laaa hoho xyah nak kecoh sgt laa pasal bende ni. bukan ape pon org tu dah dpt berjuta-juta daaa

    ReplyDelete
  10. ingat nak discuss jugak pasal stesen tu...mcm mana plak si mail boleh pergi sejauh tu ke stesen keretaapi tu

    ReplyDelete
  11. hahahaha yang penting xde yg perfect. Tu la sy pun prsan mak haris pegang buk terbalik. HAHAHA lucu gak ek

    ReplyDelete
  12. dh xbgus nk wat cmne..layan jer...

    ReplyDelete
  13. psl buku trblk tu...mmg ade jual kt psrn...cover dia trblk...sila lihat ye...teknik to attract readeers i guess..lawak lg bce komen2 ni sume...

    ReplyDelete
  14. actually, setengah2 mistake nih membuatkan penonton nk tgk balik citer nih.. betul tak? haha

    ReplyDelete
  15. buku terbalik tu sebenarnyer die ade 2 side, satu terbalik satu lagi betul.. cer tgk betul2 balik

    ReplyDelete
  16. ini lah dia, nampun filem,,, semua org leh buat punya ma,,, hehehe,,

    ReplyDelete
  17. cite ni laku sbb org ramai tertipu...ingtkn cite ongbak siot...rupenye ombak...aku pon tertipu skali da...

    ReplyDelete
  18. bagus la... ade jugak mereka2 yg nak kaji bende2 gini... tapi apepun kena ingat mereka2 yg membuat cerita2 ni pon manusia yg tak perfect... tapi mereka perlu la berusaha agar tak la terlalu banyak buat kesilapan... tapi bagi saya filem ni nak kena teliti betul2 baru perasan kesilapan dorg... maksud lain, kira ok la ni... tak le nampak sangat silap2 tu...

    ReplyDelete
  19. pape pun cite dye tetap best

    ReplyDelete
  20. Nak komen tentang penggembaran filem.

    Tuakang gambar hanya tahu ambil gambar sahaja.
    Dia bukan pengarah filem.

    Pengarah filemlah yang salah dalam khal ini.

    ReplyDelete
  21. muvie BAJET MURAH.. sy tak tgk la film M.

    ReplyDelete
  22. Hahaha..memang lawak.... ala... kira ok le...kasi chance kat penerbit filem melayu... komen yg logik..ambil n jadikan iktibar je.. penonton kena gak support filem melayu... filem hindustan satu dunia laku.. satu lagu 5 pasang baju pun tak de yg komplen...kekeke... (pengarah dah tahu.. ramai yg nangis time tgk citer ombak rindu..mata penuh air mata..blur..konpiden le tak perasan..kekeke)

    ReplyDelete
  23. Ni filem je-jgn stress pk silap sane cni....ni hburan je kn

    ReplyDelete
  24. aaahhh..... tak penting tu... janji aku dh tengok citer tu... good job!

    ReplyDelete
  25. ada lagi kesilapan...cuba tgk jam tgn izzah mase dlm kelab.lepas tu tgk jam tgn izzah mase bagi kat haris time lepas nikah...mase dekat kelab jam tgn izzah petak tp masa bagi dekat haris time lepas nikat jadi bulat pula...haha.

    ReplyDelete
  26. bnyk2 ksilapan pon...kutipan dah brjuta kot..zzzzzzzzzzz tp novel lg best dr cite ni...zzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  27. mcm la goof spot ni panda sgt wat filem... duk kritik org jew..kalu pandai wat filem, bikin laa satu filem yg box offfice....

    ReplyDelete
  28. hehehe... scene ngan makcik dalam bilik mandi... ada ke orang mandi pakai mekap... tehehehe...

    ReplyDelete
  29. aku x tgk lg cter neh...

    ReplyDelete
  30. halo halo..even cite holywood pon mane ade perfect maa..da name pon cite rekaan bese le tu ada silap2 skit..korg nk perfect wat pilem sendri laa..hahaha

    ReplyDelete
  31. kalu buat filem sndiri pon..lum tentu xde mistake...;P

    ReplyDelete
  32. hal kecik rase x perlu dipertiktkn kot, biase lah 2 manusia selalau wat silap kn.. ><

    ReplyDelete
  33. Biasa la filem melayu yg low class, cuma nk cari untung, dn publisiti murah... Aku layan filem P. Ramlee dan filem org putih aje....

    ReplyDelete
  34. Biasalah..mungkin penerbit cerita ni tak kaji semula apa yang diorang lakukan..dan dalam masa yang sama terlepas pandang..tp jalan cerita memang best..

    ReplyDelete
  35. haha....atleast dapat pecah panggung kannn..banyak error pon orang berduyun aje tengok..let make it simple lah..tp novel dy jauh lagi best lah :)

    ReplyDelete
  36. hehe..satu lagi scene org main wau tu, lelaki pakai baju hitam dgn budak..gmbr yg sama digunakan masa izah balik kampung nak jenguk makcik dia..dan masa haris dtg kampung cari izah...hmm, sbnrnye movie2 lain pun ada gak kesilapan mcm nih..tapi org abaikan sbb kusyuk menonton...kesalahan kcik2 ni ok lg tapi jgn bab2 yg x sepatutnya je ditayangkan, contoh isu agama, perkauman dan sewaktu dgnnya...

    ReplyDelete
  37. Kalau kesalahan orang nampak aje.

    ReplyDelete
  38. suka2 je nak complaint kesalahan orang walaupun kecil. dah cukup baik citer melayu ada kemajuan. cuba kau buat sendiri, tengok apa jadi. pandai sangat nak complaint. rasanya kesilapan bersepah.

    ReplyDelete
  39. Kira mereka yg declare x layan filem melayu ni hebat sgt dan duduk kat tahap tersendiri la ya, tak setaraf dgn org yg layan filem melayu..... piiiiiiiirraaaahhh. Kalau x nak layan pun x payah nak bagga diri wooii..

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Salute buat blogger dgn pemerhatian yg sgt tajam... Kami ambil ini sbg panduan bagi memantapkan hasil karya akan datang.. Kami sedar banyak kesilapan teknikal pada filem ini dan ianya akan dibaiki lagi utk masa hadapan...

    ReplyDelete
  42. ini komen pasal filem yg plg mengarut

    ReplyDelete
  43. ala ade lagi yang korang x perasan...kipas besar kat luar rumah izzah...semasa mak haris dtg tuk halau izzah..

    ReplyDelete
  44. PERASAN YG BAKUL SAMPAH TU JAA.. MOVIE NIE X SETANDING NOVEL..

    ReplyDelete
  45. apa la,whatever pon septtnye kite nilai kandungan cerita bukan nilai bende2 yg xsepttnye itu...kalu perfect sgt buat filem sendiri la,bole ke buat sehebat ini??

    ReplyDelete
  46. hahaha...macam maen teka cari benda yang hilang plak kan???haha...mesti layan citer nie dah berpuluh2 kali..hahaha..kantoi...

    ReplyDelete
  47. 2 pon filem nie dpat bjuta juta..

    ReplyDelete
  48. hurm...patutlah owner blog ni"aku stress giler"
    fikir complicated sgt..mau x stress....smpai sedalam tu kaji scene filem nie...jgn terlalu cr kelemahan org wahai owner...sbb kdg2 bila kita terlalu cr kelemahan org...sbnrnya kita lg teruk dr itu...fikir2 lah yer...awk stress sbb terlalu fikir sgt nie...nanti leh jadi gila plak...hurm...yg pastinya sy pun rasa owner dh berpuluh2 kali tgk cita ni kan...jgn mrh ea...hehee

    ReplyDelete
  49. Msti tuan blog ni btl2 minat crte ombak rindu smpai stiap kslhan blh nmpk....dhsyt2

    ReplyDelete
  50. hahaha...silap-silap pun....dekat rm12juta beb..
    tkper la..kekuatan filem dan keberkesanan watak melalaikan penonton utk melihat keadaan tu semua.. Penulis blog pun tertipu dan of course mesti dah tgk citer ni berulang-ulang kali kan? Tu pasal boleh detect kesalahan2 tu..hehehe

    ReplyDelete
  51. 1 lg kesilapan adalah part mail ngan seha main wau tu.. mana ada org main wau time musim tanam padi.. cari nk kena rembat ngn tuan padi.. org men wau time musim padi dh semua amik.. time kemarau

    ReplyDelete
  52. satu lagi..mak haris baca buku terbalik

    ReplyDelete
  53. bagus klu tiap filem buat cmni..agar kita boleh mengubah kelemahan filem kita scr berperingkat

    ReplyDelete
  54. memang stress time tngok flm ni kat panggung . uhuh
    flm ni b'asaskan novel "OMBAK RINDU" kan .
    but why x ikot betoi-2 mcm dlm novel tu . geram betol .

    ReplyDelete
  55. eh korang ni pun satu...apa salah goof spot tegur2...aku rasa dia ni sorg yg kreatif...bijak...teliti...filem hollywood pun ada gak ruang mcm ni kritik seribu mcm kelemahan filem...biasa jer tu

    ReplyDelete
  56. xsilap la..kucing dye jugak,.mse izzah kutip kat bus stop comey gile kucing tu..kecik aje..tpi bile smpai umh.da bsar.=)

    ReplyDelete
  57. igt ongbak baru...hahaha...rpenye ombak rindu...

    ReplyDelete
  58. inilah org kita, klu dh x suka sampai ke lubang cacing dicarinya salah silap..

    bab baju basah blh tahan lagi tp sampai kebakul sampah ngan tali tu yg x menahan, sih!

    ReplyDelete
  59. gle bnyk konti laei cite...xdela best mne pn..

    ReplyDelete
  60. naper ada no 23 n 24 jer...nih kesilapan jugak ke... betul ker gambar ada 24...ker aku yg xreti kira...

    ReplyDelete
  61. @wanabeekomen2 macm ni bukan mengkritik tapi menambah baik...

    ini menunjukan filem tempatan semakin diminati sebab orang ambil berat pasal benda tu..

    keep it up..
    perhatian mendalam macm ni akan mengangkat martabat filem negara!!

    ReplyDelete
  62. yang aq perasan cuma satu je la...masa haris nak bawak izzah p umah dia..kan izzah ada amek anak kucing kat bustop, tetiba sampai rumah, kucing tuh dah jadik besar!

    haha! jauh perjlnn mungkin.. =p

    mistake nih 1st time tgk kat wyg pon boleh nmpak~

    ReplyDelete
  63. paling jelas no phone..then kucing tu..x masuk akal...

    ReplyDelete
  64. assalamualaikum korg. .
    jngan la duk mrah org yg buat blog ni. .fkir la kalebihan nya jgak. .cm sy, student sinema, kne blaja kritikan dlm filem. .untuk meningkat kn mutu filem malaysia, sbb tu ada nya kritikan. .sbb tu dlm kos ktorg de sbjek ni. .congrate to this blogger!! keep it up! ;)

    ReplyDelete
  65. Thanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking forward to your Post....

    ReplyDelete
  66. Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

    ReplyDelete
  67. That is great to hear, thank you for reading!

    ReplyDelete