Kontroversi yang melanda penjaga gol utama Negara semakin hari semakin parah. Semua bermula sejak isu putus tunang dengan Ella. Kemudian diikuti dengan seorang model muda, Dahli Teck, di mana gambar mereka bercuti di Singapura serta sambutan Hari Jadi di Changkat menjadi perbualan orang ramai. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.
Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.
Semalam, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun. Katanya :
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas."
“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui."
Pendapat Ong Kim Swee Mengenai isu persaraan 'Apek'
JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menyifatkan Malaysia akan kehilangan permata berharga jika penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat membuat keputusan bersara awal akibat kontroversi melampau yang melanda dirinya.
Selaku antara individu yang cukup mengenali personaliti kapten skuad Olimpik itu, beliau merayu semua pihak khususnya media tempatan memberi ruang kepada Khairul Fahmi untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak.
“Apek (Khairul Fahmi) baru berusia 22 tahun, dia masih muda dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kita harus ingat dia banyak memberikan sumbangan besar kepada negara.
“Sifat hasad dengki manusia memang ada, dengan statusnya seperti ‘superstar’, sudah pasti akan ada anasir luar yang cuba menjatuhkan dia. “Kalau benar dia akan bersara awal selepas ini kerana tidak tahan dengan masalah di luar padang, kita sendiri yang akan rugi. Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Arena Metro semalam terhadap kenyataan Khairul Fahmi yang sebelum ini pernah terfikir untuk bersara awal apabila dirinya sering kali dihimpit kontroversi.
Terbaru membabitkan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang tersebar menerusi beberapa blog hiburan.Kim Swee turut meminta peminat terus memberi sokongan kepada Khairul Fahmi dan tidak mudah terpedaya dengan laporan yang dianggapnya tidak benar.
“Peminat jangan mudah terpengaruh sebaliknya teruslah beri sokongan bukan saja kepada Apek tapi juga kepada pemain lain. Saya kenal Apek sebagai pemain yang berdisiplin. Dia tidak pernah datang lewat ketika sesi latihan dan sebagai kapten, dia dihormati rakan sepasukan,” katanya.
p/s : itu hal peribadi Khairul Fahmi, kita seboleh-bolehnya hanya menegur bukan memburukkan lagi situasi. Semoga semua yang bertanggungjawab hentikan segalanya tindakan anda yang tidak munasabah. Sukan bola sepak baru sahaja nak meningkat, ada pula orang cuba jatuhkan pula. Cuba korang berada di tempat Khairul Fahmi, baru korang tahu perasaan dia ketika ini.
Apek is the best.......
ReplyDeletegomo klate gomo.....
gomo malaysia gomo.......
betul tu, jangan di ungkit-ungkit kesalahannya, setiap insan membuat kesalahan..
ReplyDeletemoga apek di beri kesedaran untuk tidak buat kesilapan lagi..
kami sayang khairul fahmi walaupon banyak gosip yg x elok
ReplyDeletepersoalan nya ,, adakah apek terlibat ? kalau tak terlibat kasi hempas lah media2 ! tp kalau sebaliknya,, huh.. fokus pek .. fokus! muda lagi..
ReplyDeletewartawan hiburan jgn la kacau budak2 sukan ni, sial betul... bikin kacau scene sukan kat malaysia ni je...
ReplyDeletetak kisahlah apek..ape yg pntg ko dh byk mgharumkan nama negara Malaysia.. (^_^)
ReplyDeleteMoral of the story jgnla pg tempat2 maksiat tu boleh mengundang fitnah...
ReplyDeletehenti2 kan lah sebar gosip2.. buat apa mk aibkan org..
ReplyDeletekenape la orng malaysia nie hebat sgt tang menjatuh kan orng laen.....hurm...tegur membine tu baek...tp ingt la.....kalu sampai aibkn.......tugu la...balasan yg lg berganda...
ReplyDelete