Tuesday, 13 December 2011

Fakta : Kenapa Rasulullah S.A.W Sukakan Kucing & Menyatakan Kucing Bukan Najis?


Nabi S.A.W menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.



Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahgian khusus.

Lalu diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah: 

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang diletakkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan membersihkan. Komen para doktor yang bergelut dalam bidang kuman.


Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. 

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. 

Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. 

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. 

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Sumber : Here

25 comments:

  1. indahnya ciptaan illahi

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing. :D
    tapi pernah dengar daal mazhab Syafi'e kalau ada lebih 4 helai bulu kucing kat baju tak boleh bawa solat. :O kalau salah tegur

    ReplyDelete
  3. waow nice info thats y cats live more than a dog and thats y i LOVE CATS!! :DD

    ReplyDelete
  4. kucing mmg best! di faham emosi tuan dia..n dia igt sape yg bagi dia mkn...hatta kucing jiran aku pun rapat ngn aku sbb aku selalu bagi dia mkn..kucing bole wat kawan bermain..

    ReplyDelete
  5. @NZ Diaz

    mengarut jer semua tu..aku x penah dengarpun dalil mcm tu

    ReplyDelete
  6. syg kucing aku...

    ReplyDelete
  7. ape yg awk pnh dgr????

    ReplyDelete
  8. huhukkk... aku pernah benci kucing dan slalu pkul kucing... byk dosa aku...

    ReplyDelete
  9. hmm habis 2 mcm mne plak dgn toxoplasma gondii? a parasitic protozoa which the host mainly is cat.

    ReplyDelete
  10. toxoplasmosis hanya akan infected human klu manusia tu lemah immune systemnye...contoh mcm org2 tua yg sakit, ibu mengandung and AIDS patients.toxoplasmosis juga tidak akan hadir pada kucing2 belaan di rumah.slalunye yg terbiar n dah sakit2 pon.sekian..maklumat tlalu byk skrg ni..the best thing carilah guru ye...ade ilmu tanpa guru is invalid ;)

    ReplyDelete
  11. @Anonymous thanks..maklumat yang anda bagi ni betul tapi x lengkap.Ye saya masih belajar dan semestinya dengan guru..Toxoplasma gondii ni saya belajar last year dalam subject Parasitology.

    Oh anda boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut:
    http://www.parasitesinhumans.org/toxoplasma-gondii.html
    saya x marah cuma nak berkongsi ilmu (^-^).

    ReplyDelete
  12. erkk..aku xpandai sgt bab2 kuman , parasit atau bakteria ni, sbb aku blajar architecture..tp papepun, aku tetap sukekan kucing... Nabi Muhammad S.A.W pn pelihara kucing.. Baginda penah nk kuar rumah, tlupa kain serban Baginda, bila masuk bilik, kucing Baginda ngah sedap2 tido atas kain tu.. Baginda xsampai hati nk kacau kucing dia tido, Baginda ambik kain baru utk d pakai.. kucing memg binatang paling susuai utk d pelihara kt rumah. saiz sederhana..xtrlalu besar, xterllu kecil..mudah d gendong, d peluk, dan d kawal.. memg d cipta sbg sahabat manusia... peace!

    ReplyDelete
  13. kucing,,, slalu wat aku tersenyum bile mamnadang dan memikirkanmu... :)

    ReplyDelete
  14. wahhh kucing..syg kucing! but anon..errr

    ReplyDelete
  15. aq x suka kucing jahat slalu curik ikan..

    ReplyDelete
  16. dia curik ikan pasal nko xmo bagi dia makan, cuba ko bg dia mkn? xde lah dia mencuri.. tu semua just for survival, klau kte di tempat kucing tu pn kte akn buat bnda yg sama jgk..

    ntah kucing tu nk bg makan anak dia ke? kongsi mkn dgn kucing lain yg sakit ke? pernah jadi kt sorg tokoh ilmuwan islam / ahli sufi (nama, tahun sume aku xbrape ingat.. sorila) dia sedang menjamah makan malam, tiba2 datang seekor kucing mengiau2 sperti merayu kelaparan, dia pn bg sepotong daging dr makanan dia, kucing tu 'ngap' dn trus blah.. tp xlama lps tu kucing tu dtg lg..mengiau2 lg mintak makanan.. si ahli sufi ni pn bg la jgk lg sepotong daging.. tp dia tetap merasa pelik camane kucing tu mkn laju sgt? so dia pn ikut / ekori kucing tu nk tgk kemana dia bwk daging yg dia bagi td tu.. rupa2nya kucing tu kongsi makan dgn lg seekor kucing sakit yg buta kedua matanya.. subahanallah...

    kalau xcaye, bleh cuba cari kesahihan cerita ni, aku pn baca cerita tu dr blog2 jgk.. tp xingat blog yg mana..

    ReplyDelete
  17. A motivating discussion is worth сomment. Therе's no doubt that that you need to write more about this issue, it might not be a taboo matter but typically folks don't discuѕs such
    іѕsuеs. Tо thе next!
    Best wishes!!

    Also vіѕit my page :: galaxys3.fr
    Review my web blog ...

    ReplyDelete
  18. Ηey! I understаnd this iѕ sort of off-tоpiс hοωevеr I needeԁ to aѕk.
    Doеs running а well-eѕtablishеԁ blog like yours
    rеquiгe a lot of wοrk?
    I am сompletely new tо writіng a blog however I do write in my diагy on a daily basіs.
    Ӏ'd like to start a blog so I can share my own experience and views online. Please let me know if you have any kind of recommendations or tips for new aspiring bloggers. Appreciate it!

    my web site; http://www.galaxynote2.fr/
    Look into my site

    ReplyDelete
  19. Hi, yes thіѕ рiece of writing is truly nicе and I have learned lоt of things from it
    on the topic of blogging. thanks.

    Look into my website; http://pikavippis.net/
    Here is my blog - pikavippi

    ReplyDelete
  20. Hello, I wiѕh foг to subscribe fοr this weblog to take most гecent updаtes, thus where can і
    do it pleаse assist.

    Heгe is my webpage ... pikavippi
    Here is my page - pikavippi

    ReplyDelete
  21. I’m not that much of a internet reader to be honest but
    your sites really nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your website to come back down the road. All the best

    Feel free to visit my website ... vapornine

    ReplyDelete
  22. Thanks in favor of sharing such a good thinking, paragraph is fastidious, thats why i have read it
    entirely

    My web site; wjg

    ReplyDelete