Thursday, 8 December 2011

Cool : Penghijrahan 50 juta ekor Ketam Pulau Christmas di Australia (11 Photos)

Pulau Christmas adalah sebuah pulau kecil di Australia sekitar Laut India. Pulau sangat dikenali dengan populasi ketam merah yang besar sehingga mencecah 50 juta ekor. Setiap tahun pada bulan November, jutaan ketam ini akan berhijrah dari hutan ke tebing untuk musim mengawan. Penghijrahan ini akan dimulakan dengan ketam jantan yang kemudian diikuti oleh ketam betina. Perjalanan ini bukan sekejap kerana memerlukan sehingga tujuh hari untuk sampai ke tebing. Kebanyakkan jalan di pulau ini tidak boleh digunakan kerana dipenuhi dengan ketam merah ini seperti pemaidani merah. Disebabkan kesesakkan ketam ini, manusia yang tidak tahan akan gunakan jalan tersebut yang mana mampu membunuh ribuan ekor ketam ini. Jadi pegawai yang menjaga keselamatan pulau ini telah mengambil inisiatif untuk menutup jalan tertentu setiap tahun untuk membenarkan ketam ini sampai dengan selamat.




 source

12 comments:

  1. wahhh..best giler.
    tapi ketam ni mcm besar je.
    merah ang-ang pulak tu.bile da bnyk2 mcm tu scary la pulak.

    ReplyDelete
  2. goreng pun sodap...

    ReplyDelete
  3. Wow..merah sampai tak tergamak nak makan plak..huhu

    ReplyDelete
  4. nampak takut. dah terbayang crita dalam filem yg labah labah tu. heee

    ReplyDelete
  5. bagus la dia tutup jalan..respect!!

    ReplyDelete
  6. video pon ada.. yg ni baru ibu bapa dia yg migrate.. nnt lepas dorg dah membiak, anak dia migrate balik ke tempat asal.. time tu lg berduyun2 atas jalan.. korg bayangkan la, sepsg ketam anak berapa ribu ekor.

    ReplyDelete
  7. ketam nie tak boleh makan, beracun

    ReplyDelete
  8. dah macam Lipan aku tengok ~~

    ReplyDelete
  9. encik crab berhijrah rmai2

    ReplyDelete