JAKARTA 11 Dis. – Seorang mahasiswa universiti di Indonesia yang bertindak membakar dirinya sendiri dalam satu tunjuk perasaan di Istana Presiden di sini, meninggal dunia semalam.
Jurucakap polis, Kolonel Angesta Romano Yoyol hari ini berkata, pelajar undang-undang itu, Sondang Hutagalung, 22, bertindak membakar dirinya di hadapan Istana Presiden, Rabu lalu, kejadian pertama seumpamanya di negara ini.
“Pelajar itu maut di hospital, lokasi dia menerima rawatan. Sondang mengalami kesan terbakar di 98 peratus badannya,” katanya.
Sondang sememangnya dikenali sebagai aktivis hak asasi manusia namun tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan pelajar itu mengambil tindakan tersebut.
Angesta berkata, polis masih menyiasat kejadian tersebut.
Media tempatan melaporkan, Sondang menyimbah tubuhnya dengan minyak petrol dan membakar dirinya sebelum berlari ke arah sebuah papan tanda memaparkan gambar Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono.
Saksi memberitahu akhbar Jakarta Globe, pelajar itu turut melaungkan slogan antikerajaan.
Seorang lagi jurucakap polis, Baharudin Djafar berkata, polis tidak dapat memastikan apakah motif dia berbuat demikian.
Pelajar tersebut kali terakhir dilihat menyertai satu tunjuk perasaan pada 7 September lalu yang mendesak keadilan seorang aktivis, Munir Thalib yang maut akibat keracunan arsenik ketika menaiki penerbangan Garuda.
Sumber : Here
aihh..tindakan bodoh...
ReplyDeleteOrg indon yg bangang..LOl
ReplyDeletekekal neraka beb!(klau dia islam)
ReplyDeleteHANYA RM18 SEBULAN PLAN BLACKBERRY
2012 HAMPIR TIBA,JOM DAFTAR UNI
dia nak wat cam kat negara Arab la ni..
ReplyDeleteperjuangan berani mati neh...
ReplyDeletekt dlm neraka nanti bkr diri lg...mmg BANGANG!
ReplyDeleteSERIUS BODOH LA!
ReplyDeletehaih... kesian mahasiswa cm ni dh x da inteleknya.. kalo antikerajaan skali pown buat smething utk gov bukan nk berdemo je keja.. harp mahasiswa malaysia x lah buat bnde bodoh cm ni gak..
ReplyDeletetiru orang tunisia la tu bakar diri rakyat jadi marah lalu jatuhkan kerajaan
ReplyDeleteIni tindakan very2 stupid harap jgn di tiru ya anak2..trims
ReplyDelete