Wednesday, 21 December 2011

Berita : Mayat Berselerak Dalam Kemalangan Bas di Jalan Ranau-Tamparuli


TAMPARULI: “Saya terhidu bau hangit seperti getah terbakar ketika bas menuruni bukit beberapa detik sebelum kemalangan,” kata Mohd Nazirul Mubin, 21, penumpang bas yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan enam pelancong warga Brunei, di sini, semalam.


Kejadian pada jam 3 petang di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli itu mengakibatkan bas terbabit yang dinaiki 33 penumpang menggelongsor di atas jalan sebelum merempuh dan ‘melekat’ di sebatang pokok hingga sebahagian besar bumbung kenderaan terkopak.

Wartawan Harian Metro yang tiba di tempat kejadian mendapati keadaan amat menyayat hati apabila mangsa yang terbunuh dan parah bergelimpangan, selain suara mengerang kesakitan jelas kedengaran.

Mohd Nazirul berkata, sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.

“Bagaimanapun, bas secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik lalu menggelongsor dan merempuh pokok,” katanya sambil memaklumkan penumpang bas adalah anggota rombongan kumpulan Muslimah Kampung Mulaut, Brunei.

Sumber: Here




8 comments:

  1. huhu...laju sangat ar tu...

    http://kozumiro.com/video-kucing-tidurkan-baby/

    ReplyDelete
  2. apeda..tajuk beso berserak..berselerak sepatotnye kan nye hadoi..serak tu sore ella ngn wohnen..ape da..

    ReplyDelete
  3. bahasa apa ko ckp tue?? aku x faham la anonymous

    ReplyDelete
  4. bangang la driver bus ni . bawak bus tapi nak potong lori plak tu

    ReplyDelete
  5. aku bru sja pulang dari bercuti di ranau-tamparuli..jalan kt situ memg berbahaya sbb kwsn berbukit...kna slow kt kwsn tu....Alhamdulillah laa pemandu bas kmi x da msalah..

    ReplyDelete
  6. hahaha aku pun naif ingat serak apa ntah. ni tulis nak laju mcm driver bus jadi mcm ni la, mayat berselerak ayat pun berselerak.

    ReplyDelete
  7. oo. biasalah bas dr brunei memang laju2

    ReplyDelete
  8. LAJU MACAM ROKET......

    ReplyDelete