Semalam Sinar Harian melaporkan seorang lelaki gila seks berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam. Kerana terlalu marah, penduduk memakaikan pakaian dalam yang dicurinya itu, ke mukanya!
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.
Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran. Sebenarnya penyakit suka mencuri pakaian dalam ini dah lama berlaku dan ia memang memeningkan kepala terutama golongan Hawa.
Menariknya, si pencuri pakaian dalam ini bukanlah semuanya ‘cikai-cikai’, malah ada kajian mengatakan majoriti daripada mereka mempunyai taraf pendidikan yang baik.
Dalam istilah perubatan ada menyebut mereka yang suka buat kerja-kerja mencuri pakaian dalam ini adalah mereka yang mengalami fetisyisme (pujaan melampau), yang akan terangsang secara seksual oleh sesuatu benda, objek atau aktiviti. Contoh objek tersebut adalah pakaian seperti seluar dalam, baju dalam, coli atau kasut.
Ini adalah salah satu perlakuan seks yang menyimpang atau parafilia.Objek-objek ini pula mungkin diperbuat daripada bahan-bahan tertentu seperti bulu binatang, kulit atau getah.
Selalunya seseorang yang mempunyai kecenderungan ini tidak boleh mendapat rangsangan seksual tanpa adanya objek ini semasa perhubungan seks. Contohnya, seorang yang mengalami fetisyisme dengan kasut kulit, tidak akan mendapat rangsangan seksual sekiranya pasangannya tidak memakai kasut kulit semasa melakukan hubungan seks.
Justeru itu pasangannya akan disuruh menggunakan alat atau objek tersebut. Ini akan menegangkan perhubungan tersebut. Banyak perhubungan dan perkahwinan yang menghadapi masalah akibat perkara ini. Pesakit yang Fetish kepada seluar dalam, mungkin mengakibatkan kepada mencuri seluar dalam.
Sumber : Here
hahhahahah...........padan muka.pervert.
ReplyDeletebermasalah betul!
ReplyDeleteseksyen 7?? wtf?.. bahaya-2...x psl2 spnder aku kne curik..kekeke..
ReplyDeleteJOM MAKEOVER KERETA ANDA!!
KAWASAN SEGI TIGA TERUMBU KARANG??
melayu ke laki ni..kalo melayu wat malu kaum je
ReplyDelete