Thursday, 22 December 2011

Berita : Bayi Berkepala Dua Dilahirkan Di Brazil (2 Gambar)


Brazil – Bayi berkepala dua yang berkongsi jantung, paru-paru dan hati yang dilahirkan di Brazil, kini dilaporkan sihat.Bayi berkenaan diberi nama Emanoel dan Jesus oleh ibunya, Maria de Nazare. 


Mereka yang mempunyai dua otak itu dilahirkan melalui pembedahan. Menurut pengarah hospital Santa Casa, Neila Dahas, pihaknya mencadangkan kaedah pembedahan selepas imbasan yang dilakukan mengesan kandungan itu adalah kembar namun mempunyai dua kepala.


Ia juga bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi berkenaan.


“Di sebalik masalah yang kita hadapi terutama kelengkapan yang kurang di hospital ini, kita berjaya menyelamatkan ibu dan bayi tersebut.


“Bagi kami, ia merupakan satu kejutan besar apabila mendapati bayi berkenaan dilahirkan sihat,” katanya. Kelahiran bayi kembas siam sering berlaku namun kelahiran melibatkan bayi yang mempunyai dua kepala amat jarang berlaku di dunia.

Doktor terkejut dengan apa yang berlaku
 Ia merupakan kelahiran kedua seumpama ini di Brazil, namun dalam kes pertama, bayi tersebut meninggal dunia selepas satu kepala mengalami kekurangan oksigen apabila satu lagi kepala meninggal dunia.


Dalam sesetengah kes, apabila bayi mempunyai kepala, otak di salah satu kepala akan mengalami proses perkembangan yang perlahan bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.


Namun dalam kes ini, Emanoel dan Jesus mempunyai dua otak, sekali gus menyukarkan doktor untuk membuat keputusan sama ada akan membuang kepala itu atau tidak. 

“Jika kedua-dua kepala bayi itu mempunyai otak, bagaimana kita hendak memilih kepala mana yang akan dibuang.





“Kita tidak mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan dan pada masa ini kita hanya akan melihat perkembangan serta pertumbuhan bayi itu ” kata Neila.


Sekurang-kurangnya 14 kes yang sama berlaku dalam kelahiran bagi tempoh 200 tahun.

Sumber : Here

3 comments:

  1. susah nak buat pilihan...tpi kepala yg lagi satu tu cam seget jew...

    ReplyDelete
  2. Kesian sangat kalau kena memilih antara 1.

    ReplyDelete