Tuesday, 8 November 2011

WTF : Bayi Ditemui Dalam Beg Plastik di Taman Desa Jati, Nilai (Gambar)


NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini.


Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu.


Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.




“Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.


“Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit,” katanya.

mymetro

7 comments:

  1. kalo xnak anak...bg je kt mana2 org...xpyh la nk bunuh...

    ReplyDelete
  2. sian baby tu...apa punya orang la nak buang baby tu...nasib x mati.

    ReplyDelete
  3. apa nak jadi, buang anak macam buang sampah... tak rasa bersalah langsung...

    ReplyDelete
  4. kalau taknak, bagi ak !

    ReplyDelete
  5. tempat tu mmg banyk warga asing..

    ReplyDelete