Tuesday 22 November 2011

Takziah : Dua Penyokong Indonesia Maut Dipijak Di Stadium Bung Karno (4 Gambar)


JAKARTA – Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

“Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia,” kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.


Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus.

“Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri,” kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu.


“Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal,” katanya.
Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui.


Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. – AFP

Sumber : Here



18 comments:

  1. jgn ckp mcmtu...dh sampai ajal diorg..tiap2 drp kita yg hidup ni dh d tulis Tuhan akn mati dlm cra trsendiri...itu cara mereka brdua mati...kita ni ntah mcmna pula..takziah kpd kluarga mangsa..

    ReplyDelete
  2. islam ke dia nk al fatihah kan

    ReplyDelete
  3. Sikap rakyat Indonesia yang terlalu ekstrim

    ReplyDelete
  4. terlalu fanatik smapi m'bahaya kn nyawa..tp ini lah die takdir & ajal mereka.. takziah.

    ReplyDelete
  5. semua kat tmpat besar2 jd mcm 2...nak boloskn diri msng2...

    ReplyDelete
  6. teringat kes peminat kelantan.... same kaler same ekstrim nyerrr

    ReplyDelete
  7. salam tazkirah :D

    ReplyDelete
  8. kesian nya..ini hanya permainan sahaja tak kan sampai saling membenci kerana bola sepak semata-mata...jahat atau baik pun mereka kita sama je..sama2 manusia..tanda2 kiamat dipercepatkan kerana kehangatan rasa benci di antara sesama manusia........May God Bless them Soul..

    ReplyDelete
  9. takziah..kecian...kite sesame manusia ni xelok saling membenci...

    ReplyDelete
  10. Anonymous... ko tu islam ke? kejam nye, orang mati pun xde tunjuk belas kasihan. ko ngat dia mati pasal kutuk islam ker.. watdafak.

    ReplyDelete