Baru-baru ini polis mendapati banyak kes pengedaran dan penyeludupan dadah telah masuk ke negara AS-Mexico tanpa disedari. Namun segala persoalan mengenai penyeludupan ini terjawab apabila polis menemui satu lagi laluan bawah tanah sedalam 100 kaki ke bawah sepanjang 319 kaki di Nogales, Arizona. Polis menemui 26 bungkusan marijuana seberat 420 paun dan berjaya menahan seorang suspek semasa menyiasat laluan tersebut. Ini adalah laluan bawah tanah yang ketiga dalam seminggu yang ditemui oleh polis. Yang pertama di California yang bersambung dengan Tijuana, Mexico. Dua orang suspek telah ditangkap serta 17 ton marijuana telah ditahan. Selepas itu, pada hari yang sama satu lagi laluan bawah tanah di Nogales juga ditemui di perkarangan sebuah rumah.Polis menyatakan penyeludup ini akan mencari saluran longkang dan memperluaskannya untuk menjadi sebuah laluan bawah tanah.
ibtimes
hmmm...entahlah tapi aq rasa ni x stress sngt..
ReplyDeletedadah perisa najis longkang..nice :D
ReplyDelete