Di Singapura, CCTV James Tan Veterinary Clinic di Whitley Road telah terakam aksi seorang lelaki yang dikenali sebagai Micheal membuang kucing ke dalam tong sampah di luar klinik tersebut. Video tersebut telah tersebar luas bukan sahaja di Singapura tetapi juga di negara lain. Ramai 'animal lovers' terutamanya kepada kucing begitu marah dan menyeru untuk saman Micheal. Tetapi isterinya, Mdm Hamidah tampil dan menyatakan yang suaminya bukan sengaja melakukannya kerana dia baru sahaja dijangkiti gangguan bipolar minggu lepas. Sejak hari itu, dia sering melakukan perkara yang di luar jangkaan. Namun orang ramai tetap tidak puas hati dengan alasan tersebut dan berkeras untuk terus keluarkan saman kepadanya/ Selain itu, Michael juga menipu isterinya dengan menyatakan yang dia telah “put Scuzzi in a collection bin for animals for adoption”. Tetapi sebaliknya dia telah membuang kucing tersebut ke dalam tong sampah. Jadi adakah dia ini benar-benar sakit atau isterinya hanya membuat cerita?
Jiran aq plak buang ank kucing dlm tong sampah yg utk bahan binaan tu...nasib baik aq nmpk m brjaya selmtkn ank2 kucing tu
ReplyDeletekalau tnak pon buang je kt pasar..buat ape nk ltk dlm tOng smpah bgai
ReplyDelete