Wednesday, 16 November 2011

Info : Cal Orko, Dinding Dinosaur Di Bolivia (7 gambar)


Kuari simen yang terletak di Sucre, Bolivia terkenal sebagai tapak tinggalan dinosaur yang terbesar di dunia yang dikenali sebagai Cal Orko. 68 juta tahun dahulu, beribu-ribu dinosaur melintasi kawasan Cal Orko untuk mencari makanan dan air. Ini menyebabkan terbentuknya lebih 5000 bekas tapak kaki dinosaur pada lantai dan dinding kawasan kuari tersebut. 

Apa yang menarik, terdapat tapak kaki lebih 330 spesis dinosaur. Kawasan ini ditemui pada tahun 1994 oleh pekerja kuari berkenaan. Walaubagaimanapun, tapak itu sekarang menghadapi ancaman kemusnahan kerana ianya semakin runtuh. Pihak kerajaan Bolivia menyediakan 30 juta setiap tahun untuk memulihara kawasan berkenaan. Pada awal Ferbruary tahun lepas, lebih 300 tapak kaki dinosaur telah musnah akibat keruntuhan dinding kuari. 










Sumber : OC



3 comments:

  1. sayang nya..bkn sng nk jmpa bnda mcm ni

    ReplyDelete
  2. kecikny tapak kaki dinosour

    ReplyDelete
  3. btul tu..keciknye..iye ke dinosour tu?

    ReplyDelete