Friday, 18 November 2011

Gempar : Pekerja Sindiket Penipuan Gores dan Menang Dibelasah (6 Gambar)


KUALA LUMPUR – Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.




Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.

Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.

Seperti yang kita semua maklum, media dan akhbar tempatan sering melaporkan berita-berita mengenai sindiket penipuan syarikat ‘gores dan menang!’ yang mempedaya orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.




Kebanyakan mangsa yang tertipu dengan aktiviti tersebut hanya mampu bersabar atau sekadar bertindak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.

Malangnya tidak semua kes yang dilapor berjaya diselesaikan akibat kelicikan sindiket-sindiket seumpama itu.

Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Menerusi emel yang diterima Mynewshub.my petang semalam, insiden berdarah melibatkan salah satu sindiket itu dapat dirakamkan dalam bentuk gambar.

Dalam kejadian tersebut, PPIM bersama beberapa orang aktivis CRTF telah berkunjung ke premis syarikat tersebut di Kepong ekoran aduan dari pengguna yang mendakwa mereka diperdaya dan ditipu syarikat itu.

Bagaimanapun, setibanya PPIM dan CRTF di premis tersebut, mereka dikejutkan apabila di’sambut’ dengan bunyi bising.

“Kami terkejut! wartawan yang kami bawa bersama ada yang lari meninggalkan tempat kejadian,” kata seorang aktivis PPIM, Harshnoel Murshim yang dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Memberanikan diri, beberapa aktivis PPIM dan CRTF menghampiri premis tersebut dan ‘berpeluang’ menyaksikan pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan dipercayai keluarga mangsa penipuan sendiket berkenaan dengan sekumpulan lelaki  dipercayai pekerja syarikat itu.

Bagaikan bertemu buku dengan ruas, pekerja-pekerja yang bersubahat menipu orang ramai itu dibelasah secukup-cukupnya oleh kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM2 juta oleh sendiket berkenaan.

Menurut Harshnoel, kumpulan lelaki yang menyerang ibu pejabat syarikat tersebut dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang manakala pekerja syarikat itu hanya sekitar lima hingga enam orang.


Selain itu, beliau turut mendengar amaran yang diberikan kepada wakil syarikat itu yang mengancam akan mengambil tindakan lebih teruk terhadap mereka sekiranya cuba menipu orang ramai lagi.

“Kau buat lagi kat orang Melayu, kami kasi mati..! Kami tak bagi chance (peluang)..,” kata lelaki tersebut kepada wakil-wakil syarikat berkenaan yang ‘separuh mati’ dipukul.

Enggan melibatkan diri dengan apa yang terjadi, PPIM dan CRTF terpaksa menunda hasrat mereka untuk berbincang dengan syarikat itu yang dikatakan telah menipu seorang pengguna sebanyak RM75,000 baru-baru ini.

Bagaimanapun, PPIM dalam kenyataan yang dihantar melalui emel berharap agar tiada lagi sesiapa yang akan terpedaya dengan kumpulan sindikit seumpamanya di negara ini pada masa akan datang.


Sumber : MNH



15 comments:

  1. padan muke...menipu lg....

    ReplyDelete
  2. dah tau dorang tu menipu yang pi terjebak tu apasal? sendiri yg trpedaya lg mau salahkan orang? bangang!!

    ReplyDelete
  3. @Anonymouskawan..kite kadang2 ade gak buat silap..ko ckp org bangang mcm ko ni perfek plak

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu mmg suka dgn benda yg mcm ni.. Nak kaya cpt laa katakan tapi malas bekerja..

    ReplyDelete
  5. da tau benda ni banyak tipu....ni la kalo org nak cepat kaya....buat sbg pengajaran la!

    ReplyDelete
  6. kena AJAR mcm nie sama dia org niee(nk kaya dgn tipu org,tak kira melayu cina india)..klu kita x terkena hari nie,hari org lain secara "x sengaja" pun kena tipu.so nie salah satu matapelajaran moral yg berguna.diorgn cari sesuap nasi(kononye x ader cara lain nk hidup)dgn cara menipu dan menipu sampai mamposss..harap diorgn nie ader insuran nyawa(yealah tipu dah banyak mana, x kan insuran nywa pun x bleh bayar)..bleh buat cover balik tmpt yg lebam tu plus kerugian yg dioragn tanggung terbaikkkk..p/s sy bukan ejen insuran

    ReplyDelete
  7. siap nyuruk bwah meja...takot btol gaya yer...tgk batu cincin brader tu mmg gerun wooo..mmg hancur muka....

    ReplyDelete
  8. salah jugak yg join gores n mng ni
    kan dah tau mmg tipu tp nak main jugak
    ape la

    ReplyDelete
  9. org tertipu..munkin org kita bangang dpa tkar nama peraduan bukan gores n menang ke..man kita tau

    ReplyDelete
  10. hahaha...padan muka cina sakai...bt taik lg kat malaysia ni...

    ReplyDelete
  11. You marah sbb org you yg penipu tu kena pukul. Peraduan gores & menang ni dia org main paksa2 bkn mcm hutang dgn along bodoh! paloi! Jgn main sebut2 org Melayu. Mmg dasar org kena belasah dlm 2 mmg penipu. bkn salah org melayu. Kalo aku aku bunuh smua guna cara halus!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. elo brader,psl pe nk sebut pasal melayu malas..ko 2 org apa??kalo melayu sndri yang merendah-rendahkan orang melayu,ko pk bangsa lain nk puji bangsa melayu..malunye aku dgn bangsa aku sndiri yang suka menjatuhkan sesama sendiri..

    ReplyDelete
  13. Kalau aku pun mau x terbakar dgn diorg ni.. Nak jg aku hentak smp puas hati

    ReplyDelete
  14. Tak kena pda diri sendiri boleh la cakap melayu senang kena tipu.Saya seorg kakitangan kerajaan yg menguruskan kes ni,selalu menasihat pengadu yg datang,dan bnyk x jg dapt elakkan diri bila didatangi sindiket ini.TAPI terkena jg setelah berjaya mengelak 3x.Seblm sempat menutup pintu,seorg sudah menahan dan menunjukkan 3 kad pengenalan mereka.seorang lagi terus masuk dlm kereta.Segala kejadian kami sedar,tapi mcm org bodoh seprti dipukau.Baru lah saya tahu bkn semua mangsa bodoh,tapi mereka tak berdaya melawan.Meskipun sya berjaya mendapat kembali rm yg ditipu dgn pertolongan pakcik sya & geng2nya,tapi sya btl2 bengang kerana adik saya smpi skrg trauma.Pihak berkuasa pun ambil tindakkan seperti mlepas batuk di tangga dan ada yg melindungi sindiket ini.Buktinya mereka masih beroperasi di tmpat yg sama. Mmg kena guna cara samseng baru boleh dapat balik rm yg ditipu.So siapa yg belum kena jangan cakap besar.Elok fikirkan cara2 nak hapuskan sindiket2 ini terus.Dah berpuluh tahun sindiket ini beroperasi,tapi tidak takut kerana ada yg jadi tali barut mereka.SPRM harus siasat.

    ReplyDelete
  15. aku dendam dgn penipu skim ikan keli agro multy trading, En.Hadi,
    bangsat ni aku harap dipukul mati dan dijadikan makanan ikan keli.

    ReplyDelete