Monday, 7 November 2011

Cool : [Video] Peng Jianya, Gadis Tanpa Jari Belajar Untuk Menjahit


Peng Jianya, 24 tahun telah menunjukkan pada dunia yang dia mampu untuk menjahit walaupun dia kehilangan kesemua jarinya semasa satu kemalangan. Peng terjatuh ke dalam dapur api dan tangannya hangus di rumahnya semasa kecil. Ketika itu, kedua-dua ibu bapanya keluar untuk urusan kerja. Namun apabila mereka melihat keadaan Peng, mereka tidak mampu membuat apa-apa kerana pembedahan memerlukan bayaran yang tinggi. Jadi akhirnya, bahagian tapak tangan Peng perlu dipotong dan ditutup dengan jahitan. Sejak dari hari itu, ibu Bapa cuba mengajar Peng untuk menggunakan chopstick supaya dia mampu makan sendiri pada satu hari nanti. Walaupun mengambil masa yang lama, akhirnya dia berjaya untuk melakukannya. Selain itu, Peng begitu minat untuk menjahit selepas dia begitu terpegun melihat satu jahitan yang begitu menarik. Jadi, setiap hari dia belajar untuk memasukkan benang ke dalam jarum. Seterusnya belajar menjahit supaya dia mampu menandingi mereka yang lain. Dan hasratnya tercapai kerana kini dia adalah sehandal mereka yang mempunyai tangan yang normal. 




3 comments:

  1. terharu,,,,,semalam tgk d buletin utama...hebat perempuan ni.....tiada kejayaan tanpa usaha....

    ReplyDelete
  2. org yg da jari pun blm tentu bleh jahit..

    ReplyDelete