Thursday, 17 November 2011

Cool : Aaliyah Yoong (8 tahun) Menang Pingat Emas Untuk Malaysia di Sukan SEA


PALEMBANG: Atlet Malaysia Aaliyah Yoong Hanifah, 8, membuat kejutan di Tasik Jakabaring di sini apabila memenangi pingat emas dalam kategori tricks Sukan SEA Ke-26 hari ini dan sekali gus muncul sebagai atletpaling muda yang meraih pingat emas dalam sejarah sukan itu.

Aaliyah mempamerkan aksi dengan penuh keyakinan dalam rutin pusingan pertamadan mengutip 2,810 mata sebelum melakukan trick satu kaki dalam pusingan keduauntuk meraih 2,960 mata.

Sebagai peserta yang memiliki tubuh jauh lebih rendah dan kecil berbanding atlet lain, penyertaannya menjadi tumpuan para penonton dan media.

Aaliyah berkata dia teruja kerana memenangi pingat emas untuk Malaysia.

"Keyakinan saya tidak pernah luntur. Saya hampir hilang imbangan pada pusingan pertama, tapi mujurlah dapat mengatasinya," kata atlet luar biasa ini kepada pemberita.

Peserta Thailand Sareeya Promsuntisit menang pingat perak dengan meraih2,410 mata dalam pusingan pertama dan 2,570 mata dalam pusingan kedua, manakalaseorang lagi atlet Malaysia Phillipa Yoong-Barly mendapat pingat gangsa setelahmeraih 1,890 mata pada pusingn pertama dan 1,860 mata pada pusingan kedua.
Bapa Aaliyah, Hanifah Yoong, berkata anaknya bermain ski air sejak berusia lima tahun.

"Kami tak mahu mendesaknya sangat-sangat kerana dia masih muda. Kami tak mahu dia berasa tertekan. Bagaimanapun, dia amat suka berlatih seolah-olah ketagih dengan sukan ini," katanya.

Hanifah berkata walaupun Aaliyah berlatih lima hari seminggu, dia tetapmempunyai masa untuk bergaul dengan rakan-rakannya.-BERNAMA

mstar

2 comments:

  1. taniah.proud to be Malaysian.^^

    ReplyDelete
  2. adik alex yoong ni..btol x?

    ReplyDelete