Friday 11 November 2011

Berita : 4 Pelajar Maut, 5 Parah Dan 20 Cedera


IPOH – Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru daripada sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA


p/s : Semoga roh mereka dicucuri rahmat... 
Sumber : MNH

5 comments: