Thursday 17 November 2011

Ajaib : Ayat Suci Al-Quran Muncul Pada Bayi 9 Bulan (4 Gambar)


Cerita ini agak lama dah tapi menarik untuk dikongsi bersama. Apa yang menarik mengenai cerita ini ialah penemuan ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi di Moscow, Russia. Benar atau tidak, terserah kepada pembaca untuk menilainya. Khabarnya, pada mulanya ibu bapa bayi ini merahsiakan penemuan ini, tetapi apabila tulisan di kaki bayi tersebut tertera "Tunjukkan aku", maka mereka terus menunjukkannya kepada orang ramai.




Dari akhbar KOSMO:

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam. Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu. Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.


"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova. Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi


Sumber : Here


9 comments:

  1. bayi lain-lain ehh? sebab kalau sama, kenapa GAMBAR 3 tu pada kaki kanan tulisan ALLAHUAKBAR. tetapi kat kaki kanan GAMBAR 4 tulisan lain

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    cuba baca dari kosmo
    'Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.'
    harap membantu...

    ReplyDelete
  3. kebesaran ilahi...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tu pun blom tentu jadi Ahli syurga..Allah maha kuasa..moga bayi ini jadi sebab org lain dapat petunjuk..

    ReplyDelete
  6. Kuasa BOHONG ..jangan percayakan benda edit .. dah tetera pembohongan pada gambar tu .. masih nak caya???... WTF jangan tambah dosa .. jangan malukan ALLAH !! dengan pembohongn !!!

    ReplyDelete