Sunday, 16 October 2011

WTF : [Video] Apabila Ibu Mengajar Anak Perempuan 2 Tahun Untuk Merokok di Romania


Bapa kepada anak perempuan yang baru berusia dua tahun telah menuduh bekas isterinya atas tuduhan mengajar anaknya merokok seperti dalam video yang telah tersebar luas di internet. Gabriel Burulea telah menuntut hak penjagaan yang sah dari bekas isterinya kerana gagal menjaga dengan baik anak perempuan mereka. Video anak perempuan dia merokok telah dirakam di Bughea de Sus, Arges, Romania serta Gabriel juga menuduh bekas isterinya membuat anak perempuan mereka suka dengan air kopi.  Sekarang, anak perempuan tersebut tidak ingin minum susu tetapi dia minum air kopi sahaja. Selain itu, dia tidak mahu makan gula-gula tetapi ingin menghisap rokok setiap masa. Entah apa dah jadi dengan ibu kepada anak ini, Gabriel cuba menuduh dia kerana penderaan budak sehingga menyebabkannya anak perempuan mereka seperti tidak normal seperti budak lain. 


1 comment: