Thursday, 20 October 2011

Sedih : Kisah Benar Seorang Ibu Berkorban Untuk Bayinya di Oklahoma (7 Photos)

Ini adalah kisah benar seorang ibu yang bernama Stacie Crimm, 41 tahun dari Oklahoma. Stacie diberitahu oleh doktornya yang dia tidak mungkin dapat melahirkan anak tetapi segalanya berubah apabila dia tiba-tiba pula mengandung. Jadi Stacie yang begitu gembira mulai bersedia untuk menerima kelahiran pertamanya. Namun semasa tengah mengandung ini, Stacie sentiasa diserang sakit kepala, 'double vision' dan badannya selalu bergegar-gegar. Ahli keluarganya yang risau dengan keadaannya telah membawanya untuk berjumpa dengan doktor pada Julai yang lalu. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati Stacie dijangkit kanser leher dan kepala. Doktor menyuruhnya untuk menggugurkan anaknya supaya dia boleh membuat pembedahan yang boleh menyembuhkannya. Tetapi Stacie berkeras untuk tidak melakukannya hanya untuk anaknya itu. Tetapi pada 16 August, dia pengsan di rumah dan telah dikejar ke hospital kerana ketika itu tumor telah mulai menyerang saraf otaknya. Selepas beberapa  keadaannya semakin teruk dan parah. Doktor memberitahu ada satu cara untuk menyelamaatkan anaknya iaitu dipanggil Seksyen C dan dengan itu Dottie Mae telah dilahirkan dengan berat 2lbs 1o. Dottie perlu dihantar ke wad lain untuk penjagaan intensif kerana Dottie belum cukup bulan. Disebabkan mereka berada di bangunan yang lain, Stacie tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan bayinya. Selain itu, keadaan kedua0dua mereka sangat tenat. Atas desakan yang berterusan, seorang jururawat, Agi Beo berjaya untuk menghasilkan satu ICU bergerak untuk membawa Dottie berjumpa dengan Stacie. Akhirnya selepas beberapa minggu, Stacie berjaya untuk berjumpa dan mendukung anaknya. Stacie yang telah berjuang dengan penyakit kanser untuk beberapa bulan akhirnya meninggal dunia selepas jumpa Dottie tiga hari yang lepas. Semoga Stacie akan sentiasa diingati Dottie kerana kasih sayang seorang ibu yang tak terhingga telah menyelamatkan nyawanya.

 izismile




11 comments: