Thursday, 20 October 2011

OMG : Marriage Market, Tempat Mencari Calon Untuk Anak di Shanghai (10 Photos)

Marriage Market tidak seperti pusat membeli belah yang lain di dunia ini. Tempat ini bukan untuk membeli barang tetapi untuk ibu bapa meletakkan identiti/profil anak mereka sebagai iklan di sini serta nyatakan kriteria lelaki/perempuan pilihan mereka untuk anak mereka. Nampaknya ini adalah cara untuk ibu bapa mengatur calon-calon untuk anak mereka seperti yang mereka sering lakukan dari dulu lagi. Di sini terdapat ribuan kertas iklan mengenai anak-anak mereka dipamerkan dan berharap mereka akan menjumpai calon yang mereka inginkan. Selepas memilih calon yang sesuai, ada segelintir yang meletakkan nombor telefon dan ada yang menyatakan tempat berjumpa. Dari situ, mereka akan bertukar gambar anak masing-masing dan mula berkenalan.

Contoh iklan megenai seorang anak perempuan :

Biodata:
Perempuan
Lahir pada tahun 1981
Ketinggian 1.62 m
Mempunyai Sarjana Muda Dengan Kepujian
Bekerja Sebagai Pengurus Projek di sebuah syarikat antarabangsa
Gaji sebulan RMB 10,000

Calon suami : Mesti lahir di antara tahun 1974 - 1982. Mempunyai sekurang-kurangnya Sarjana Muda atau pencapaian lebih tinggi serta mempunyai nilai tanggungjawab kepada keluarga" 

1 comment: