Wednesday, 12 October 2011

OMG : Lelaki Membuat Pemindahan Kulit Muka Dari Mayat di Sevilla (7 Photos)

Seorang rakyat Sepanyol yang hanya dikenali sebagai Rafael merupakan pesakit pertama yang membuat operasi pemindahan sebahagian kulit muka dari mayat. Rafael menyatakan kepada media yang dia sangat gembira dan ingin berbesar hati kepada pesakit yang memderma kulit muka kepadanya. Pesakit tersebut sudahpun meninggal sebelum Rafael membuat pemindahan kulit. Pesakit tersebut adalah seorang mangsa tembak-menembak dan dirawat di sebuah hospital yang sama dengan Rafael. Doktor pakar bedah memerlukan 30 jam untuk memastikan kulit tersebut lekat pada muka Rafael. Doktor menyatakan dua peringkat telah dilakukan yang pertamanya untuk memastikan kulit tersebut tidak terus mati dan akan terus menghasilkan tisu. Yang kedua untuk melekatkan kulit tersebut pada muka Rafael untuk selamanya. Selepas pemindahan, Rafael begitu gembira dengan keputusannya tetapi dia memerlukan beberapa bulan untuk memastikan kulit tersebut betul-betul sempurna dengannya. Selain itu, dia mempunyai masalah di bahagian lidah, pipi dan juga suhu pada kulit dia dengan kulit barunya. Kadang-kadang bahagian atas sejuk tapi kulit di bawah panas. Tetapi semuanya beransur pulih selepas beberapa bulan. Ini rupa Rafael selepas pemindahan kulit : 

 dailymail

2 comments: