Monday, 3 October 2011

OMG : Kapal Selam Buatan Sendiri Untuk Seludup Dadah Di Colombia (8 Photos)


Kalau kat Malaysia ni selalu ade yang jadi mangsa seludup dadah ni. Biasanya orang perempuan yang yang kene tipu jadi Keldai bawak dadah kat epot. Tapi kat Colombia ni memang advanced gila babas. Taiko-taiko dadah kat Colombia membuat kapal selam sendiri untuk seludup dadah. Memang hebat!! 

Baru-baru ini pihak polis di Colombia berjaya  merampas sebuah kapal selam buatan sendiri yang dipercayai milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC). Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.

Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca. Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.


Dan sebelum ini, authorities kat Colombia pernah merampas beberapa jenis kapal selam lain yang digunakan oleh penyeludup dadah kat sana, tenogk gambar kat bawah nih..


p/s : Memang hebat bos-bos dadah kat Colombia ni.. Sampai boleh buat kapal selam sendiri walaupun pada akhirnya mereka ditangkap juga.


Sumber: BI


2 comments:

  1. hohohoho...hebat!!

    ReplyDelete
  2. kalau kat malaysia..dia sumbat dalam enjin kereta..hebat jugak..hahahah

    ReplyDelete