Dashain adalah satu perayaan wajib negara Nepal selama 15 hari. Dashain merupakan perayaan yang disambut paling lama di dalam Kalender Nepal disambut oleh semua rakyat Nepal di seluruh dunia. Perayaan ini jatuh di antara September ke Oktober setiap tahun bermula dari minggu kedua bulan lunar sehingga pada malam bukan penuh. Sepanjang perayaan ini, Dewi Durga telah diraikan dan disanjung dengan pelbagai pujas, pemberian yang tak terhingga dan juga ribuan korban haiwan untuk upacara mandian suci dengan darah haiwan. Perayaan ini juga untuk memanggil kembali semua ahli keluarga di luar sama untuk meraikan bersama-sama di samping mengeratkan hubungan antara semua rakyat.
Apakah kepentingan Dashain dalam budaya Nepal?
Dashain sebenarnya untuk memperingati kemenangan dewa dan dewi ke atas syaitan. Salah satu contoh adalah Raja Ram telah membunuh Ravana, ketua segala syaitan pada masa tersebut. Memgikut kepercayaan mereka, kemenangan Raja Ram dalam perbalahan tersebut adalah kerana berkat dari Dewi Durga. Selain itu, satu lagi kemenangan terbesar ke atas dunia syaitan adalah melalui Dewi Durga yang telah membunuh mahishasura syaitan yang telah membawa kekecohan di (dev-lok) dunia dewa dan dewi. Semua dewa dan dewi berdoa kepada Adi-Shakti untuk membantu mereka tetapi tiada apa yang berlaku sehingga Dewi Durga tiba untuk menyelamatkan mereka dari segala ketakutan.
Dalam perayaan Dashain, sembilan hari yang pertama adalah simbolik pertarungan di antara Dewi durga dan syaitan Mahishasura. Tetapi pada hari kesepuluh selepas kemenangan Dewi durga ke atas Mahishasura, Dewi Durga akan disembah di seluruh negara sebagai "Divine Mother Goddess". Sepanjang Dashain, semua orang menyembah Dewi Durga dengan pelbagai cara terpulang kepada kemampuan dan kepercayaan mereka. tetapi mesej utama Dashain adalah untuk mengingatkan semua penganut bahawa prinsip-prinsip kebenaran, keadilan dan kemuliaan mesti diamalkan untuk mengatasi kesemua prinsip-prinsip yang negatif. Mengikut kepercayan, sekiranya Dewi Durga disembah dengan baik dan sempurna, nasib yang baik akan menyebelahi mereka tetapi sekiranya tidak, keadaan sebaliknya akan berlaku.
demotix
Gier kesian kat haiwan2 tu...
ReplyDeletegmbr yg k2-6 tu diambik timing baik punya
ReplyDelete