Thursday, 6 October 2011

OMG : 5 Tandatangan Paling Mahal Di Dunia

1. William Shakespeare


Ini adalah tandatangan milik William Shakespear. Banyak yang percaya bahawa tandatangan milik William Shakespeare adalah tandatangan yang paling mahal di dunia. Hanya ada 6 tandatangan beliau yang asli dan setiap satu dikatakan bernilai sekitar $ 5 juta (RM 15 juta).

2. Presiden Abraham Lincoln


Tandatangan pada surat yang ditulis Presiden AS Abraham Lincoln pada 8 Januari 1863 yang menyatakan sokongan beliau terhadap proklamasi emansipasi dilelong dengan harga $ 748,000 (RM 2,244,000) pada tahun 1991.

3. John Lennon


John Lennon melancarkan album terakhir yang merupakan kolaborasi beliau bersama dengan Yoko Ono. Pada tahun 2003, salinan terakhir album itu yang telah ditandatangani oleh Lennon sebelum dia dibunuh oleh Mark Chapman dijual pada harga $ 525,000 (RM 1,575,000).

4. Jimmy Page



Tandatangan Jimmy Page pada sebuah gitar adalah salah satu daripada tandatangan yang paling berharga ditandatangani pada sebuah jualan lelong. Ia dijual pada harga £ 49,000 (RM 275,000).

5. Jimmy Hendrix




Potongan kertas yang ditandatangani oleh Jimmy Hendrix ini memiliki harga mulai dari £ 41,000 (RM 230,000). Rocker yang meninggal ketika berumur 27 tahun ini dianggap sebagai pemain gitar paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock.


Sumber: LLY

 

8 comments:

  1. ohh! ade jugak ek tandatangan yang paling mahal di dunia.. macam - macam lah.. he he he

    ReplyDelete
  2. ad0ii hai, tandatngn p0m ad nilai jgk yer

    ReplyDelete
  3. mmg "TANDANGAN" mhl2 blaka.hahaha!!

    ReplyDelete
  4. xtaw lak tandatangan ade yg mahal.. hehehe

    ReplyDelete
  5. uish~ mahal beno...limited edition nie..hehe

    ReplyDelete
  6. Yang tandatangan lawa tu mahal x pe are jugak...
    Yang burok tu mcm rugi jerw ade....

    ReplyDelete
  7. xkan kena meninggal dulu,bru mahal tanda tangan..huhu..sama juga kes anugerah di malaysia..dah meninggal,bru artis dpt pengiktirafan..just on my opinion..hok tndatgn tu just kidding..

    ReplyDelete