Seorang gadis yang muda dan cantik, Nguyen Thi Phuong, berusia 26 tahun dari selatan Vietnam telah berubah menjadi wanita tua selepas mengambil ubat alergi untuk beberapa tahun. Segalanya bermula apabila Phuong alergi dengan makanan laut pada 2008 dan dia menghadapi sakit serangan yang agak serius. Suaminya kemudiannya membeli ubat alergi dari farmasi tempatan untuknya. Tetapi selepas beberapa hari, ubat tersebut langsung tidak memberi kesan positif. Jadi, suaminya terus membawanya ke seorang doktor di sekitar sana dan diberitahu yang Phuong dijangkiti dermatitis dan perlu berehat untuk seminggu serta makan ubat yang diberinya. Tetapi selepas seminggu, penyakit tersebut tidak sembuh tetapi memberi kesan sampingan pada muka yang tumbuh lubang seperti sarang lebah. Phuong dengan serta merta henti mengambil ubat tersebut dan berjumpa dengan seorang doktor pakar di kawasan bandar. Dari seorang doktor ke seorang doktor, semuanya tidak berjaya dan dia telah mengambil pelbagai ubat dari semua doktor di bandar ini. Selepas 6 bulan segalanya semakin teruk dan tidak berkesan, jadi Phuong membuat keputusan untuk berjumpa pula dengan tabib Cina untuk ubat tradisional Cina. Seperti doktor di bandar, Tabib Cina ini juga yakin yang Phuong mempunyai penyakit pada jantungnya dan memberi ubat untuk penyakit jantung. Phuong memcuba ubat tersebut untuk dua bulan tetapi seperti biasa segalanya tidak sembuh dan semakin teruk. Jadi pada tahun 2009, Phuong terpaksa menggunakan topeng setiap kali dia keluar dari rumahnya. Suaminya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Phuong. Disebabkan mereka kesempitan wang, Phuong berhenti mengambil sebarang ubat. Kini jiran dan rakannya juga tidak mengenali sehingga mereka mendengar suaranya. Phuong masih kelihatan cergas seperti orang pada usia cuma rupanya yang nampak tua. Phuong tidak berasa sedih kerana walaupun nampak tua, suaminya tetap sayang dia. Pada suatu hari, Phuong pergi membuat pemeriksaan pada kulit perut kerana ianya merebak ke perutnya dan suaminya memberitahu doktor yang Phuong menjangkiti penyakit tua. Seorang doktor pakar, Mai The Trach tampil menyatakan yang Phuong bukan dijangkiti oleh penyakit tua kerana segalan organnya dan memorinya masih elok. Doktor tersebut menyatakan yang Phuong besar kemungkinan keracunan ubat. Selepas pemeriksaan, Phuong di dapati menghidapi penyakit corticoid yang menyebabkan kulitnya nampak tua kerana dia berhenti mengambil ubat tersebut. Kini doktor telah berusaha untuk menyembuhkan penyakit Phuong ini, semoga segalanya berjalan dengan lancar untuk Phuong.
asiantown
kesiannya dia. memang berubah jadi tua.
ReplyDeletesaya bangga kalo dpt laki yg setia mcm dia ne....
ReplyDeletesetianya laki dye
ReplyDeletekesian..patutle laki die msih setia barang dalam masih power..
ReplyDelete