Sunday, 9 October 2011

Info : Alasan Popular Untuk Tidak Tutup Aurat (Wanita)


ALASAN YANG PALING POPULAR BAGI WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA2 KITA RENUNGKAN

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, PASTI masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok tapi dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kena tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. Tetapi Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.
 
Kaum Wanita...katakanlah... "aurat saya maruah saya"..





8 comments:

  1. katakanlah.......katakanlah...

    katakanlah ape?...

    katakanlah yg benar sungguhpun pahit!!!

    ReplyDelete
  2. erm...setuju. sbb sye pnh mngalaminya. nak bertudung tp takut btudung skejap2 (kejap pakai kejap tak)..

    ReplyDelete
  3. yup..aku sokong tu...yg penting jalankn dlu kwajipan yg ALLAH beri

    ReplyDelete
  4. terpulang dgn individu masing2.. klo nk tutup aurat ataupn tak e2 hak individu masing2.. klo dia xnk terima teguran, apa ble buat. biasanya perkara yg kita buat secara terpaksa ataupn x ikhlas, x berkat. klo pakai tudung tp perangai x elok aku rasa sama jer dgn yg x pakai tudung. xde manusia d dunia ni yg x penah buat dosa. even yg pakai tudung. :)

    ReplyDelete
  5. Anoy kat atas - Tutup aurat satu hal buat maksiat plak satu hal...Jika buat maksiat tapi menutup aurat dia masih save dari dosa mendedahkan aurat...Tak tau blajr le jangan just simply nak kondem agama Islam...itu pun kalu awak ni Islam..takut tergelincir akidah...rugi beb! Jelasnya yang halal tetap halal yang dihukum oleh Allah sebagai haram tetap haram so jangan nak banyak soal!

    ReplyDelete