Thursday, 6 October 2011

Cool : Danau Lac Rose, Danau berwarna Merah Jambu di Senegal (9 Photos)

Danau Lac Rose adalah sebuah danau yang terletak di utara semenanjung Retba Cap Vert, Senegal. Apa yang membuat Danau Lac Rose begitu istimewa adalah airnya yang berwarna merah jambu yang disebabkan oleh kepekatan cyanobacteria dalam airnya. Warna ini paling ketara pada musim kemarau tetapi warnanya masih kelihatan pada musim lain. Danau ini juga dikenali sebagai lokasi yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti Laut Mati. Jadi, danau ini membolehkan manusia atau benda terapung dengan mudah. Danau ini menjadi tempat penghasilan garam yang sangat terkenal di utara negara ini. Selain itu, ramai juga yang datang sini untuk mengosok badan mereka dengan air garam ini kerana dipercayai boleh melindungi kulit mereka dicampur dengan mentega Shea (yang dihasilkan olej pokok kacang Shea di Senegal). Danau Lac Rose juga menjadi lokasi Amazing Race ke 6 dengan menyuruh pesertanya menghasilkan garam di sini. Wanita di sekitar sini menghabiskan masa sehingga 14 jam sehari untuk mengumpul sebanyak garam yang mampu

mrcoppas

1 comment: