Satu Muzium untuk Mi Segera, Cup Noodles Museum telah dibuka oleh Nissin Corp bulan lepas di Yokohama selepas 40 tahun Mi segera yang pertama mula dijual di seluruh dunia. Muzium ini bertujuan untuk menampilkan semua sejarah bagi setiap Mi segera yang terdapat di seluruh dunia. Dengan menampilkan budaya dari seluruh dunia, muzium ini memang sangat menarik kerana semua orang mampu melihat mi segera dijual di seluruh dunia. Walaupun keluasannya mencecah 10,000 meter persegi, peminat mi segera pasti tidak jemu untuk melihat serta mereka juga rasa semua mi segera dari seluruh dunia di restoran dalam muzium ini. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat sendiri bagaimana mi segera ini diproses serta boleh mencuba membuatnya sendiri. Muzium ini juga memberi penghormatan kepada pencipta mi segera pertama yang berasal dari Jepun.
Siapa pencipta mi segera pertama dunia?
Momofuku Ando yang menghasilkan mi segera 'Nissin" merupakan orang pertama yang menghasilkan Mi segera di Jepun. Dia mula mendapat idea untuk menghasilkan mi segera serta ramen apabila pada tahun 1958 dia melihat begitu ramai orang beratur untuk makan mi sup semasa perang di Jepun. Jadi dia cuba untuk mencipta sesuatu yang semua orang boleh masak sendiri dengan senang. Sejak dari hari itu, berjuta-juta orang mula meminati mi segera dan ramen sehingga kini berjuta-juta kilang boleh ditemui dengan jenama sendiri. Pada tahun 1999, Momofuku juga membuka sebuah muzium dengan menghimpunkan segala hasilnya di Osaka.
sumber:
metro
maggie la....heheh
ReplyDelete