Monday, 17 October 2011

Cool : Bangunan Tempat Letak Kereta Berkaca Canggih di Moscow (8 Photos)

Salah satu masalah yang sama di setiap bandar besar adalah kekurangan tempat letak kereta. Ianya juga sama di Moscow, jadi kerajaan bandar keluar dengan satu projek untuk membina Bangunan Tempat Kereta  Berkaca yang hanya menggunakan 100 meter persegi untuk memuatkan lebih dari 35 kereta pada satu masa iaitu 30 lebih kereta sekiranya bangunan ini dibina. Sekiranya projek pertama ini berjaya, kerajaan di sini akan membina bangunan sama di seluruh bandar Moscow. Setiap bangunan ini akan mempunyai bilangan tingkat yang berbeza dari 6 hingga 14 sehingga mampu memuatkan sehingga 55 buah kereta besar. Kereta yang masuk ke dalam bangunan ini akan dibawa ke atas seperti menaiki lif. Pemandu akan turun di tingkat satu dan kereta mereka akan turun dengan hanya menekan butang. Proses penuruan kereta akan sampai dalam masa maksimun 50 saat. Sekiranya bekalan elektrik terputus, semua kereta akan diturunkan hanya dalam masa 30 minit.

 
 hotablog

5 comments:

  1. bagus jgk kalau dibina kat putrajaya

    ReplyDelete
  2. WEI SMART ARGGG..!! so orang dalam kete kuar sebelum kete naik atas ker???

    ReplyDelete
  3. bukan ke kereta last tu kereta proton persona?? kan?? kan??

    ReplyDelete
  4. kn bgus klau tmpt ltk kete camni ade kt kl...

    ReplyDelete
  5. klu lawa camni ..bayar die mesti mahal nye

    ReplyDelete