Tuesday, 13 September 2011

WTF : Gara-gara Tersentuh, Lelaki Mengamuk dan tikam Lima Orang di Shah Alam


Lelaki tumpang berteduh tikam lima tetamu majlis kahwin

SHAH ALAM: Hanya kerana badan tersentuh, seorang lelaki Indonesia 'angin satu badan' lalu mengamuk dan menikam lima tetamu warga tempatan menggunakan pisau di satu majlis perkahwinan di Taman Subang Mas, di Subang Jaya, pada jam 10.45 malam kelmarin. 

Akibatnya, seorang daripada lima mangsa parah dan kini dirawat di sebuah hospital manakala tiga lelaki, termasuk dua warga asing dan seorang tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Mohamad Isa, mengesahkan kejadian dan berkata, semua lelaki yang ditahan termasuk cedera kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Katanya, kejadian bermula apabila suspek berumur lingkungan 30-an yang melalui kawasan majlis perkahwinan menumpang teduh akibat hujan, tetapi tanpa disengajakan beberapa tetamu warga tempatan dari Sabah dikatakan tersentuh badan suspek menyebabkan berlaku salah faham.

“Suspek bukan tetamu majlis itu, tetapi hanya menumpang teduh kerana hujan. Apabila badannya tersentuh, dia mengamuk dan menikam beberapa mangsa menggunakan pisau. Seorang daripada mangsa dilaporkan parah dan kini dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Majlis perkahwinan itu dianjurkan oleh warga tempatan berasal dari Sabah dan penganjur menjemput ramai tetamu termasuk rakan sekerja.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan mendakwa kejadian amuk dan pergaduhan sering berlaku di kawasan perumahan itu dan kejadian malam kelmarin menyebabkan mereka berasa bimbang terutama dengan kehadiran ramai penyewa luar termasuk warga asing.

Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa, antara puncanya ialah kerana penduduk asing tidak memahami budaya penduduk tempatan dan mereka juga sering menjadikan beberapa kawasan di sekitar sebagai tempat untuk meneguk minuman keras.

"Sebelum ini beberapa pergaduhan berlaku di kawasan berkenaan, malah sebelum ini juga ada kematian akibat pergaduhan yang kebanyakannya membabitkan warga asing. Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka dalam keadaan mabuk," katanya.

5 comments:

  1. Inilah yang dikatakan susu diberi racun dibalas, sudahlah menumpang negara orang, menumpang teduh pulak kat tempat orang, tak sedar diri.
    Nana Tanjung betullah mat Indon nie.

    ReplyDelete
  2. credit to najib for stupid idea. tggu family dier kena, bru anta indon balik. dang!

    ReplyDelete
  3. najib? mcm xde kene mengena je.. yg sial indon tu...

    ReplyDelete
  4. np lh indon tu x sembelih jer kluarga najib...kalo dh kena bru lh najib tau pa nk wat.....ni najib tau sebar fitnah ja....rasuah x hbis2...

    ReplyDelete