Menyebut Times New Roman, tentu banyak orang yang tahu. Jenis huruf ini digunakan sebagai standard huruf dalam dunia penulisan. Namun, berapa ramai di antara kita yang mengetahui sejarah penciptaan huruf jenis Times New Roman ini?
Huruf ini dicipta oleh seorang berbangsa Inggeris bernama Stanley Morrison. Beliau lahir pada 6 Mei 1889 di Wanstead, England. Stanley merupakan seorang yang tidak memiliki pengetahuan tentang percetakan, namun dia kemudiannya memegang jawatan yang penting di dalam dunia pencetakan. Pengetahuannya yang luas dalam hal typografi diperoleh sejak menjadi anggota percetakan The Pelican Press.
Kecintaannya pada Tuhan membuatkan beliau banyak membaca buku-buku agama, bahkan karya typografinya yang pertama juga ditulis untuk gereja. Setelah keluar dari The Pelican Press, beliau bekerja untuk Cloister Press di Manchester. Banyak design terbaiknya dihasilkan ketika beliau bekerja di syarikat ini.
Selama lebih 30 tahun (1929-1960) Stanley Morrison menjadi konsultan huruf untuk akhbar The Times di London. Sebagai konsultan huruf, pada tahun 1931 beliau mengatakan pada Times, ”The Times merupakan akhbar yang telah memiliki pelanggannya sendiri, kita memerlukan sebuah huruf yang tidak sama dengan barang dagangan pada umumnya, huruf itu harus baik pada dasarnya, namun juga mencerminkan kekuatan dari garis, konsistensi, dan ekonomi bagi The Times”.
Kerana kata-katanya itulah, 3 Oktober 1932 menjadi hari pemasaran jenis huruf “Times” ke khalayak ramai, kerana pada hari itu untuk pertama kalinya akhbar The Times dicetak dengan menggunakan jenis huruf yang dinamakan seperti akhbar itu sendiri. Stanley Morisson bukan satu-satunya orang yang berada di sebalik kejayaan huruf tersebut. Beliau juga dibantu rakannyaa bernama Victor Larden.
Huruf bernama Times ini dengan cepat menjadi popular pada masa itu, banyak digunakan di akhbar majalah, mahupun buku laporan tahunan syarikat. Huruf ini didaftarkan lesennya ke The Monotype Corporation di England, dan juga didaftarkan ke syarikat Linotype di Amerika, kerana akhbar The Times banyak mendaftarkan lesennya dari produk-produknya ke Linotype.
Akhirnya, pada tahun 1945, The American Linotype Company mendaftarkan nama dagang ”Times Roman” secara terpisah, bukan sebagai sebahagian dari The Times ataupun Monotype. Di sinilah terjadi perbezaan nama untuk penggunaan huruf ini dalam komputer. Linotype dan syarikat-syarikat di bawah naungannya seperti Adobe dan Apple Macintosh menggunakan nama ”Times Roman”, sedangkan Monotype dengan syarikat-syarikat di bawah naugannya seperti Microsoft menggunakan nama “Times New Roman”.
Pada era 80-an, Monotype mencipta Times New Roman yang baru dan mendakwa bahawa huruf yang di direka kembali ini lebih baik daripada Times Roman yang dimiliki Linotype. Kerana tidak mahu kalah, Adobe-Linotype juga melancarkan siri baru dari huruf Times, yang mereka dakwa huruf yang baru juga lebih baik dibanding huruf milik Monotype. Kenyataannya, sebahagian atau mungkin seluruh pengguna huruf ini tidak akan menyedari bahkan tidak akan mempunyai masalah dalam penggunaan di antara keduanya walaupun huruf-huruf tersebut dicetak sangat jelas dengan ukuran 10 pt dalam resolusi tinggi 300 dpi.
Kesimpulannya, terbukti bahawa Stanley Morrison telah berjaya menghasilkan huruf yang baik dengan ciri khasnya tersendiri sehingga jenis huruf ini terus dikenang dan digunakan oleh ramai orang hingga sekarang. Stanley meninggal pada 11 Oktober 1967 di London, England .
Antara font yang dibuat oleh Stanley Morrison:
Fonts: Times™ (1931), Times™ Ten (1931), Times™ Eighteen (1931), Times™ Central European (1931), Times New Roman™ (1932, bekerja sama dengan Victor Lardent). Fonts: Times™ (1931), Times™ Ten (1931), Times™ Eighteen (1931), Times™ Central European (1931).
Sumber : Waena
pernah terfikir kenapa dinamakan Times Roman .. TQ info ni ....
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaah ! @_@ sugoi naa~
ReplyDeletenice infoo..:)
ReplyDelete