Tuesday, 20 September 2011

Sejarah : Inilah Dia Gambar Ruangan Dalam Kapal Titanic (19 Gambar)


Semua orang di dunia ini pasti tahu tentang kisah kapal mewah Titanic Yang tenggelam setelah melanggar iceberg pada pelayaran yang pertama. Kapal Titanic ini tenggelam pada 15 April 1912 di dalam perjalanan ke New york City dari Southampton, England. Angka kematian ialah 1517 orang dan merupakan salah satu bencana maritim yang paling dasyat dalam sejarah dunia. 

Pada era tersebut, kapal Titanic merupakan kapal yang sangat mewah. Ia ditunjukkan melalui ruang dalaman yang paling terperinci serta kecanggihan  sistem mekanikal yang tinggi.



Kemewahan kapal ini diserikan lagi dengan ukiran tangan yang sangat terperinci pada kayu oak, jati dan maple yang terdapat di merata-rata bahagian pada kapal ini. Hanya perabot yang paling mewah sahaja digunakan. Bilik mandi dibina dalam gaya yang paling moden pada masa itu yang lengkap dengan pancuran, tab mandi dan singki berkembar. Terdapat juga tandas flush di atas kapal tersebut. Ia turut dilengkapi dengan beberapa dewan makan besar yang mampu menampung sehingga beratus-ratus tetamu dan terdapat juga lounge khas untuk mereka yang suka merokok dan berjudi.

Kapal Titanic merupakan kapal yang paling mewah pada ketika itu dan reputasinya mengatasi segalanya. Tetapi, kapal yang mewah ini berakhir dan dikenang sebagai bencana laut yang paling buruk di dalam sejarah dunia.

Sumber : Billy

2 comments:

  1. smart ! tp bkn titanic neh, yg tenggelam tu kapal adik Titanic hehe, propaganda jer sumer tu~

    ReplyDelete
  2. ekkk..ye ke..mana 1 betul nih???

    ReplyDelete