Friday, 2 September 2011

OMG : Festival Membaling Tomato Tahunan di Valencia, Spain

Festival Membaling Tomato atau "La Tomatina' merupakan satu temasya 'food fight' terbesar yang selalu yang berlangsung di Bandar Bunol, Valencia. Tahun ini, sekurang-kurangnya 35,000 orang datang dari seluruh dunia termasuk Jepun dan Australia menggunakan lebih kurang 120 tan Tomato yang terlebih masak untuk 'bergaduh'. Setiap tahun pada 31 Ogos merupakan tarikh untuk tesmaya ini. Festival ini telah bermula seawal tahun 1944 apabila perbalahan antara pemuda pada festival ini yang pada masa tersebut hanya perarakan biasa. Jadi disebabkan ladang tomato sangat dekat dengan bandar ini, jadi ramai pemuda pergi mengambilnya sebagai senjata mereka. Polis terpaksa memberhentikan festival ini dan menyuruh mereka membayar ganti rugi, tetapi segalanya berulang pada tahun berikutnya dan seterusnya. Sehingga kini, semua ini masih berlangsung tetapi bukan untuk berbalah tetapi untuk membaling tomato semasa sendiri. Selepas semuanya selesai, pihak bomba akan datang untuk memancut air dari hos bomba untuk membersihkan badan mereka dan juga jalan raya. Yang pasti seluruh bandar menjadi merah kerana tomato.
p/s : kalo ada peluang admin pun nak join :-P

 amusingplanet

3 comments:

  1. Useful information. Lucky me I found your site by chance, and I am shocked
    why this twist of fate didn't happened earlier! I bookmarked it.
    My weblog :: perfumes baratos

    ReplyDelete