Disebabkan populasi yang terlampau besar di China, ramai yang tinggal di pedalaman terpaksa berusaha sendiri untuk keluar ke bandar untuk menyara hidup. Menurut statistik seramai 230 juta orang dari pedalaman berpindah ke bandar untuk mencari kerja. Disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan seperti "household registration', mereka yang berpindah keluar tak mampu untuk membawa seisi keluarga sekali untuk berhijrah. Kenapa? "household registration' telah menyekat keluarga untuk berpindah ke tempat lain. Jadi ini menyebabkan mereka yang berada di pedalaman, akan tetap di pedalaman sehingga mereka mati. Maksudnya mereka yang miskin semakin miskin sebab tak dibenarkan untuk berpindah. Jadi yang tinggal di pedalaman adalah isteri, anak dan orang tua mereka. Keseluruhannya seramai 87 juta mereka yang tertinggal di pedalaman dan mereka merasa kesunyian yang teramat kerana yang dah berhijrah bukan dapat balik selalu dan kadang-kadang yang meninggal pun mereka tak tahu. Perhubungan juga sukar dicapai dan kini seolah-olah hidup tanpa mereka yang berhijrah dalam hidup mereka lagi. Di Malaysia, kita masih mampu berhubung dan mampu dicapai hanya dengan satu panggilan. Kita juga boleh balik melawat sekiranya mempunyai masa terluang. Hargailah keluarga anda selagi mampu.
p/s : kerusi kosong menunjukkan bilangan yang telah berhijrah.
chinasmack
Oh, sayunya ku lihat gambar-gambar mereka ni, aku faham perasaan diaorang ni, aku sendiri dah 15 tahun keluar dari rumah ibu-bapa, tapi bezanya sebulan ke 3 bulan sekali masih boleh balik.
ReplyDeleteSyukur, nasibku lebih baik dari mereka. Alhamdulillah.
tp kn .. landscape, posisi stp subjek mmg cantek lah =.= erk
ReplyDeletesuami dan isteri lah yg setia nmpknya... sayu..
ReplyDeletesedih...terigat makbapk kt jerlun kedah...coti sehari aku tmbah mc shari blik kmpng! hehehe
ReplyDelete