Tuesday, 6 September 2011

Info : 10 Tanda Anda Tengah Dilamun Ombak Cinta


Pernah jatuh cinta? Apa rasa apabila anda jatuh cinta? Anda tak dapat tumpukan perhatian? Semua tak menjadi kerana anda hanya ingin bersama dengannya? Mari kita lihat beberapa tanda yang anda tengah dilamun Ombak Cinta.

1. Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja/pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu.Prestasi kerja dan pelajaran juga terjejas.Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya.Bagi yang masih belajar, byk assignment yang tidak/lambat siap kerana asyik melayan perasaan.

2. Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai.Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

3. Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya ia boleh memakainya dan anda membayar bilnya.

4. Anda sanggup bersusah payah terhendap-hendap mencari pondok telefon awam pada malam yang gelap supaya anda boleh menghubungi sidia sekadar mahu mengucap selamat malam.

5. Anda mengantuk, letih dan penat, tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun takpe.Tidak tidur pun takpe.

6. Anda dan si dia menjadi bayang-bayang-anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, kemana saja!

7. Dia melayan anda dengan teruk, dan anda masih gembira keluar dgnnya siang dan malam.

8. Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia akan berubah.

9. Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabis-habisan wang kerananya.

10. Kalau dulu anda enjoy mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dgn boyfriend lagi syok!

3 comments:

  1. pernah jadi kt aku..uwaaa...

    ReplyDelete
  2. bodoh betul pompuan yg mcm tu ==' kalau lelaki tu layan teruk2.. laki tu tak ikhlas namanyaaa

    ReplyDelete
  3. bertuah laki mcm tuu(dgn niat jgn sampai buat org tino ilang maruahh,sbb tino tu yg nk ikut..laki tu hanya gunakan peluang yg ada..yg perempuan meroya nk sangat laki yg entahh dia tengok dari sudut mano..tino nie unik..

    P/s klu ikutkan aku dulu pun bleh buat mcm tuu..tapi aku beringat..doa selalu nk yg baik,x mau derita

    ReplyDelete