SHAH ALAM: Polis menahan seorang pelajar lelaki institut pengajian tinggi di Perak semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja wanita yang tubuhnya 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Ampang pada 5 September lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata pelajar berusia 19 tahun itu menuntut di tahun dua program Sarjana Muda Juru Ukur Bahan di Sri Iskandar. “Kita turut merampas telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga pelajar lelaki itu yang di dalamnya terdapat helaian rambut yang belum dikenal pasti,” katanya pada sidang berita di sini. Tun Hisan berkata, polis juga mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang di mana petrol yang dikatakan dibeli untuk membakar mayat remaja itu.
Pelajar lelaki itu yang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di luar kampusnya direman tujuh hari.
Tun Hisan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu, yang berasal dari Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, mengenali mangsa yang menetap di Selayang.
Norul Awatif Mohd Shakir, 19, penuntut Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang, ditemui mati pada 5 September selepas keluar dari rumahnya untuk bertemu rakannya pada 4 September.
Mayat mangsa dicam oleh bapanya berdasarkan kepada maklumat mengenai rantai tangan dan subang emas serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa. – BERNAMA
utusan malaysia
omg...aku juruukurbahan gak..tensi2 pun takde pun nakg membunuh..
ReplyDeletepening taking off nih...
ReplyDeleteApasal le dia bunuh budak pompuan tu, kalau tak suka sekalipun, janganlah buat macam tu. Belajar je tinggi, akal tak de.
ReplyDelete