Pagi tadi terbaca post dan terus buat entri mengenai Kemayan City di Tampoi, Johor Bharu. Itu mengenai satu pusat membeli belah yang telah terbiar sejak 1998 dan dikatakan telah menganggu satu keluarga warga Singapura. Pada entri tersebut ada pula orang komen pasal satu lagi tempat yang berada di Danga Bay, Johor Bahru yang juga berhantu. Jadi dengan minatnya pergi buat Carian Google. Keputusan yang keluar memang banyak dan memang hangat dibincangkan dalam blog dan juga forum. Ada satu blogger Amirez, telah membuat keputusan untuk membuat terjahan ke lokasi tersebut. Mari lihat beberapa gambar yang diambilnya dan seterusnya kita baca apa cerita lokasi ini:
Ini beberapa versi cerita mengenai tempat ini, Villa Nabila :
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.
p/s : Kami tidak pasti mana satu versi yang betul, tapi kalau korang ada cerita pasal tempat ini, boleh kongsikan agar kami dapat update lebih. Sebenarnya banyak lagi tempat yang penuh dengan misteri. Tapi adakah anda pembaca minat dengan cerita misteri? Kalau minat, kami akan teruskan. :-)
mnarik..tp btl gak kta admin,x dpt nk dipastikan asal-usul cerita nih..apa pn,yg pnting villa ni mmg agak scary..huhu.. -_-
ReplyDeleteklu ade ag cter2 gini,postla..sonok gak bce. :D
ReplyDeleteaku minat bace cite2 cam nie....
ReplyDeleteaku penah drive kereta kat depan villa ni dalam pukul 2 pagi, pastu aku tunjuk kat member aku, "kat atas bukit tu la villa nabila" , tetiba mcm ada bunyi batu jatuh berdebuk atas keta aku..
ReplyDeleteterus kitorang senyap...
cuba kau search tempat paling seram di johor...2 tempat yang kau dah ceritakan ni ada dalam dalam list tu...aku lupa kat mana aku baca haritu...btw aku suka cerita2 seram wlupon penakot...hahaha
ReplyDeletedulu pas ngeport singgh slalu.. terjh villa ni nak tgok antu.. samp ke ats kami naik.. hampeh takde pape pon.. ade org tue yg cm pengemis je tdo c2.. next day lalu c2.. then kunjungn d mlm hri wat kali kedua agk mnggemparkn bile sorg mmber lari lintang pukang sebb tlinge die kne tiup n jentik. dia dok dpn skali time tuh.. die tpu ke tak kmi tk psti tp dia dmam sminggu.
ReplyDeletecerita pertama mungkin boleh diakui. kalau tiada pertama, mana mungkin cerita kelima itu wujud.
ReplyDeleteakhirnya, komen aku mengenai villa nabila pada enty lalu, disiarkan di sini. :)
dem. patutnya aku setting anon. huhu.
ReplyDeletesbnarnya bnyak lagi kisah2 menarik tentang rumah tinggal di sekitar bandaraya jb. cth di jalan tarom, jalan pietre, jalan mahmodiah. kebanyakkan rumah tinggal adalah milik org berbangsa inggeris. biasalah rumah2 tnggal mesti berpenunggu. so mcm2 cerita keluar. hehe
ReplyDeleterumah2 ni di tnggalkan selepas malaysia merdeka. org2 inggeris (pegawai2 tentera) balik ke negara asal, dan sebab tu rumah2 ni ditinggalkan.
cerita biasa, bila rumah tinggal mesti dikaitkan dgn kes bunuh. dan rumah tu comfirm berhantu. hehe.
tp nama villa nabila ni mmg top dgn kisahnya.
xsilap banglo ni pernah digunakan dalam filem gabungan malaysia-indonesia. aku xingat tajuknya tapi yg aku ingat salah sorang pelakonnya Noorkumalasari.
ReplyDeleterasanye memang tak dapat pastikan yg mn 1 versi yg betul buat selama-lamanye.kalau nak tahu yg mn satu versi yg benar guna alat pengesanla kalau adakan??
ReplyDeleteBetul jugak cakap ko Anon memang selamanya tak tau versi mn yang betul kan?
ReplyDeleteYou should use pro DSLR camera and tripod to avoid this type of haunted images..... visit flippermotion R(A) to learn more about .....
ReplyDeleteVersi 5 boleh pakai jugak tapi mana datangnya nama Nabila tu? Sempena apa nama Nabila tu digunakan?
ReplyDeleteAku suke cerita2 mistik nape ea..apakah aku ni jenis suke nk jd paranormal apa ea tp aku suke dgr cerita2 mistik menyeramkn
ReplyDeleteBest cerita mistik...hmmm
ReplyDeleteVersi 5- nama nabila x disebut2 pn..
ReplyDeleteanak saya hilang...encik polis cmne nie?.....
ReplyDelete@MENGKARUNG
ReplyDeleteSaya kat umah awek la bu...PEACE
penah 1 mlm aku lalu kt villa nabila sorang2. terdetik hati ak nk p tgk dlm villa yg org katakn berhantu tu. so aku pn p la masok dlm. masa tu aku coba mnjadi volunteer cam dlm hantu seekers. aku memanggil2 nama nabila sebanyak 9 kali tp x dijawab.org kata kalo p sana & try panggil nama nabila 3 kali, hantu budak tu akn muncul. jadi aku ase ckp2 org ni tipu lah. aku pn try seru nabila utk kali yg kesepuluh.tiba2 x semena2 aku ase cam ade makhluk mencubit pp aku dgn lembut.aku pn pasang la torchlight & menyuluh kot2 ade bygn makhluk. skali aku tnmpk seorg budak pempuan kecik,kalo x silap aku, dia berpakaian gown putih, rambutnya bulat seakan2 topi keledar pak abu jiran aku. dia kata nak ikut aku balik umah tapi ak x kasi. bukan apa bai, aku nyer motor kapcai ja,sit pn dah reput. x leh bwk makhluk laen g dah.itu saja cerita daripada ak. mlm ni aku ase nk p lg sana. kalo ade citer scary ak akn info kt korg. sekian.
ReplyDeleteu punya cerita terbaikk!!!!hahaha
ReplyDeletesemua yg bkumpul tu bebudak JDT!!
ReplyDeletecerita sambungan.......
ReplyDeletemlm keesokannye tepat jam 12 mlm ak pon decide utk msok villa nabila buat kali yg ke 2.tapi 1 hal yg mbuat ak rs pelik tp benar ialah bila ak tnmpak sbijik kotak harta karun terletak tepi dinding yg x dketahui pmiliknye.so spt biasa ak menyeru nme nabila 3 kali tp x disahut. msok kali ke 4 panggilan aku disahut cam gini bunyinye...." hoiiiiiiii manusia!! itu harta bukan kau yg punyaa...!! itu ahmad albab yg punya..!!! hahahahah!! ". ha cam gitu la lbeh kurg bunyi nye. ak amat ketakutan & cabut lari pegi jumpa pak abu jiran aku utk brtanyakan hal trsebut. menurut prospek & pandangan pak abu, setelah dikaji rupa2 nya itu adalah suara penungu villa tsebut. sjak itu ak tidak lg berani jejakkaki ke villa nabila.sekian saja dpd aku
Kes pembunuhan kejam di Villa Nabila nie,aku boleh kaitkan sama dalam filem pendek Meet the Spy.Kes pembunuhan ini nampak serupa.Dalam filem Meet the Spy,anda boleh tengok di Youtube,pada (minit 1.36 - 2.15).Ada tiga pembunuhan.
ReplyDeletePertama : Jurutera mati ditembak
Kedua : Penembak hendap (sniper) mati ditikam
Ketiga : Medic (Doktor) kena tumbuk sampai tulang rusuk patah.Medic tu dah
mati.
Sebelum medic tu kena tumbuk,seorang suspek bertindak menukar dirinya sebagai medic.
I love that idea. Awesome Post..
ReplyDeleteGreat post and thanks for sharing....
ReplyDeleteThat is great to hear, thank you for reading!
ReplyDeleteThank you, that was just an awesome post!!!
ReplyDelete