Sunday, 21 August 2011

Renungan : Boleh Buat Maksiat, Tetapi Dengan Syarat.


Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham .

Beliau bertanya, apakah ada ruang untuk beliau melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham ;

"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :

1 - Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah , derhaka kepada Allah.

2 - Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya .

3 - Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu .

4 - Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu , maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat . Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut , maka dipersilakan untuk melakukan maksiat .

5 - Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. "

Setelah mendengar kata-kata itu , lelaki tersebut menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya .

Akhirnya , lelaki itu menemui jalan hidayah . Dia bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh . Sejak itu , dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh . 




1 comment:

  1. xde plak org nk komen kt artikel ni,heheheh
    insaf seme
    ^_^

    ReplyDelete