Monday, 22 August 2011

Panas : Kelar Leher Rakan Akibat Tertekan Putus Tunang


SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.

“Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berkfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

“Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa,” katanya.

Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.

“Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh,” katanya.


p/s: Bahaya betul.. jangan dekati orang yang putus tunang nih.. bahaye beb..tapi bukan semua org mcmtu.. 
Sumber: MyNewsHub


6 comments:

  1. Haha..lawak la mamat tu..org stress kelar diri sendiri,tpi ni tk..member jdi bhn lepas geram..wakakakakaka

    ReplyDelete
  2. aku student tempat nie....nmpaknya fakta telah diautakan...xda 1 pown yg betul...
    kelar kat pipi ja...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. memang sedey putus tunang...mmg betul lirik nasyid raihan, kasih manusia sering bermusim, kasih tuhan janjinya pasti...

    ReplyDelete