Thursday, 11 August 2011

Info : [Video] 5 Iklan Ramadhan '11 dari 8TV dan TV9 yang Kontroversi


Memang dah ramai yang menyiarkan entri iklan yang telah menjadi kontroversi dari 8TV dan TV9. Tetapi kebanyakkan video dah tidak mampu ditonton kerana telah dihapuskan. Dari 8TV, terdapat tiga iklan yang menjadi kontroversi menunjukkan seorang gadis cina pergi ke Bazaar memakai pakaian ketat, kecoh dan terlalu tamak. Ianya dikatakan menghina bangsa Cina kerana secara tidak langsung ianya dapat menunjukkan pendapat penerbit terhadap orang Cina. Memang tidak patut iklan sebegitu disiarkan kerana tidak menunjukkan sifat perkauman. Namun Pengarah dari 8TV telah buat media konferens dan meminta maaf secara umum kepada semua. Rasanya ramai yang tidak sempat nak tengok iklan tersebut kan? Mari kita saksikan sama-sama :

Iklan 8TV kesemuanya dalam satu video : 

Iklan TV9 pula menunjukkan seorang laki tidak sempat untuk bersahur dan secara tidak langsung menunjukkan lelaki itu tidak mengambil serius bulan mulia ini. Selain itu, iklan tersebut secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam sehingga menjadi bahan tertawa masyarakat. Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan Ramadhan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah
Iklan kedua pula menjadi persoalan orang kenapa perempuan ini tidak bertudung dan juga lelaki itu pula menunjukkan sikap terlampau tak ingin mengalah dan tamak. Itu adalah amalan yang tidak diingini sepanjang bulan ini.
p/s : semua ini apa yang kami baca dan segala kemusykiran kami amat kesali.
iklan 1 : 


iklan 2 :

6 comments:

  1. pembetulan: video ke-2 tu time sebelum sahur (bkn buka puasa).

    ttg video 8tv yg ke-3, itu aku sokong. sbb besenye keadaan tu selalu terjadi. x slh kalau niat nk nasihat kan....

    ReplyDelete
  2. ape yg nk kecoh sgt? that's true malaysian what..walk around bazaar ramadhan, byk perempuan seksi, tamak person (eventhough tak sekecoh perempuan cina tu)..come on ppl, don't live in denial

    ReplyDelete
  3. em same2 renungkan la kan..........yg baik jadikan tladan yg bruk tolak tepi

    ReplyDelete
  4. korang ni semua x kena......aku rs ada benda yg betul terjadi dlm iklan tu.......nti thn depan nk raya korang bt iklan sndri.......

    ReplyDelete
  5. Isyh2... Diorang cuma nak iklan yang sedih2 jer ar. Anak lupa mak.. Anak balik raya lepas 17 tahun x balik2, x tepon2..! Typical minded!

    ReplyDelete
  6. lol. iklan 8tv 2 ok pe. mngajar kpd kaum lain cara basic utk mhormati ramadhan. but ironinya, kat bazar rmai gak melayu yg pki seksi n xmhormati ramadhan. dorg ni buta ht nk tgk mesej yg nk d smpaikn oleh iklan 2.

    ReplyDelete