Ingat tak lagi kes Serangan JAIS di Selangor pada Rabu yang lepas. Rasanya adalah tidak munasabah kerana JAIS serbu sebuah gereja hanya kerana menerima satu maklumat yang mereka sendiri pun tidak pasti betul atau tidak. Dan adalah tidak wajar untuk menyerbu tempat-tempat beribadah tanpa waran atau bukti kukuh. Dan sampai sekarang pihak JAIS masih tidak dapat memberi kenyataan/bukti yang sebenarnya mengenai isu ini selepas 5 hari. Ini kenyataan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai isu serangan JAIS ke atas gereja:
Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;
1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain?
2. Mengapa kerenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM 100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5. Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu –sedangkan kita mampu- kita menyalahkan orang lain yang membantu.
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
p/s : memang ada benar juga kata DrMaza ini, JAIS menyatakan mereka menyerbu kerana menerima laporan dalam makan malam tersebut terdapat ayat "Quran" dan "prayer" dari kedua-dua agama yang hadir. Jadi apalah masalahnya? Bukankah ini dah menjadi kebiasaanya berlaku di semua tempat pendidikan, orang yang bukan beragama Islam akan menghormati semasa bacaan doa. Bacaan doa ini tidak semestinya terus dikaitkan dengan isu murtad. Itu cuma menunjukkan cara kita adalah berbeza dan kita wajib hormat. Satu lagi persoalan, JAIS menyerbu kerana orang Islam masuk ke dalam gereja dan orang Islam ini patut ditahan. Jadi macam mana pula dengan PM Datuk Seri Najib dan bekas perdana menteri yang masuk ke dalam gereja paling besar di dunia berjumpa dengan Pope? Adakah patut mereka juga ditahan? Semasa belajar dulu, ramai rakan bukan Islam juga berpuasa bersama-sama dan berbuka sama-sama di surau. Jadi patutkah mereka ditahan juga? Adakah semua ini salah? Renungkan la sendiri
gua suka lu punya p/s bro. mmg terbaik di situ. terima kasih dgn perkongsian ini. :)
ReplyDeleteyup btol...
ReplyDeleteorang susah dibiar susah, org kaye teros kaye..
hipokrit je semua ni..
salam,
ReplyDeletezakat kt selangor org kaya pun mohon dan dapat...parking kete besar dorg jaoh...masyaallah
zakat kl masyaallah dhla kaunter tu org yg jaga byk ske guna bahasa kasar even kt org tua...salahkah yg perlu mdpt zakat dlyan mcm tu? ini bkn mengumpat d bln yg mulia..inilah pengalaman semasa ak mtk skim bantuan tok pelajar..wallahualam
kalau duit zakat dibahagi dengan betul, dah tak ada orang susah kat malaysia ni.
ReplyDelete@undefined
ReplyDeleteitu memang betul yang kaya terus makin kaya yang miskin makin mundur..kesian mereka ini tetapi siapa nak tolong?
@EYLA
ReplyDeleteMemang satu pengalaman yang sggh pahit ini. Skrang mereka pula salahkan pihak lain kerana nak tolong. Jadi sekrang suma pihak dah tak nak tolong, apa la akan jadi dgn org miskin .. memang kesian mereka..apa la slh mereka.
amil zakat dapat elaun dari kutipan zakat. dekat riburibu jugak. ikut kutipan. jadi tak heran kalau yg tukang kutip zakat akan berkelakuan macam salesman. pengalaman aku.
ReplyDeletepengamalan undangundang agama kat malaysia ni, takut. ntah apa yg dorang takutkan, tak tahu lah.
Dari 'serangan' JAIS ke isu zakat plak?
ReplyDeleteElloo.. jauh sgt terlajak tu. datang sini balik. Bagi aku salah orang muslim yg g gereja tulah. takkan la takat nk bukak puasa sampai ke gereja? Kat masjid kan belambak makanan saudara muslim kita sedekah. Korang pn tau kan mmg ade gerakan pihak gereja utk mengkristiankn kita org Islam. Cegah sebelom terlambat bro. Aku sokong tindakan JAIS dalam hal ni. JAIS BUKAN NAK GANGGU MEREKA BERIBADAT. JAIS NAK SELAMATKAN SAUDARA MUSLIM KITA DARI TERSESAT..
hurmmm..pasal greja nak mkristiankan org islam itu bukan salah siapa2 juga. itu terpulang dgn individu itu sendiri. kalau iman dia tidak teguh, apa2 agama pun dia akan terikut. agama2 lain pun ada membawa utk masuk agama mereka. bukan kristian shj. jgn saling menyalahkan mana2 agama.. individu itu sendiri yg harus berfikir & tahu apa dia buat..yg menangung dosa diri sendiri bukan org ln. :)
ReplyDeletelu orang langgar wa punya tempat, lu orang mati.. ada faham?
ReplyDeleteentah kemanala agaknya duit zakat yang kita tunaikan tiap2 tahun tu..bukan la nak mengungkit tapi kalu difikirkan secara logiknya memang x masuk akal coz bilanngan umat islam yang membayar zakat tiap2 tahun tu bukan sikit bilangannya,malah lebih dari mampu tuk tolong sedara kita yang susah kat dalam malaysia ni...ntah mana la peginya duit tu semua sampai ada yang mendapatkan ptolongan dari agama lain lg...
ReplyDeletextau la knpa, tp bila org dh tlg, d ckap2 pla mcm2.. xkn nk biarkn ibu2 2 jd pelacur nk bg anak2 mkn? dh ad org nk tlg, kna serbu pla dh.. xtau mna silap nya la.. agama bg sya xda mslah lau nk mnx tlg.. dorg tlg ikhlas.. bkn nk mnx balasan dr ibu2 trsebut, yah?
ReplyDeletekepada anonymous yang berkata pihak gereja ingin mengkristiankan korang....sebenarnya kn,awk tu fikir sempit...sebab awak fikir pasal awk ja yg betul...sethu saya,agma kami tak prnah pun nk mempengaruh org yang dh ada agma utk msuk kmi punya agama...klau yg msuk pun tu ats suka mereka sndri..yg kau ni ckp kmi nk bg mereka murtad knpa??bila ada dari golongn kami yg murtad,kami ada kecoh ke?fikirla...bukan nak marah..tp cuma terkilan la dgn sikap korng yg suka sngat salahkn agma kami..ada ke agama korang suruh umatnya menherdik atau mengata agama lain??ada ke??fikirla...ya..saya thu ni negara islam..tp,patut ke korang buat kenyataan yang tak elok utk agma kami??ada otak,ada iman...pakaila...baik korang marah melayu yang bukan islam...faham2 la ye...THANKS..
ReplyDeletesaya suka perkongsian anda mengenai isu di atas. sebenarnya isu sebegini dibincangkan dan diselesaikan dengan betul dan teratur bukan secara menunduh dan menuding jari kesalahan kepada orang lain...sebenarnya isu sebegini tidak patut nak dimainkan tetapi bertanyalah kepada diri sendiri tgk secara perspektif yang lebih luas..kenapa ia terjadi disebabkan oleh faktor faktor tertentu...sudah 54 tahun merdeka tetapi kita masih tak bersatu...tiada satu agama yang mengajar kita untuk menjadi jahat dan terpesong, yang mencalarkan imej agama adalah orang orang yang mungkin pandai menuding jari tetapi tak tahu tgk diri sendiri...renung renungkanlah....
ReplyDeleteFor the anonymous whom said that Christianity wants to take the fellow Muslimin into our religion... Here's a fact, we do good for the sake of helping, not by helping and gain something in return (as you said just now, by changing their religion). We must be humble to one another, no matter where the help came from. Your remark clearly show that YOU hate us for no apparent reason. Please, our bickering has been gone for more than 2000 years now. So, arguing about this makes no difference.
ReplyDeleteI hope you all learned from this event, help is a gift that is pure and without foreplay. If our religion can help you, why can't your's?
wa xnak komen apo2 cuma 1 je lah,,,walaupun sesuah mane pun aku sekrg ni aku hanya minta pada allah swt itu je,,xpyh nk menagih mane2 pun klu bukan rezki allah bagi sapo lagy,,,walau pun nasi dh masuk pinggan pun klu bukan hak aku nasi tu pun bole jatuh kelantai,,,jadi xpyh nk mintak kat org ke pokok ke batu ke mintak kat allah lagi senang,,,ihdnassaratolmustakim tunjukan aku jln yg lurus
ReplyDeleteNegara Islam sekarang dah x mcm zaman nabi lagi. Kita ada institusi zakat, kita ada bank islam, kita ada takaful tapi adakah ia benar-benar mengamalkan seperti yang dituntut oleh Allah SWT. Mari kita renung-renungkan sendiri.......................
ReplyDeleteSaya setuju..dlam hal ni xperlu slahkan agama..ni bukan soalnye..pokok pangkal dr hati..mcm ade yg ckp mtk pd Allah..sy stuju 100%..klu kite btul2 mgaku kite ni Islam..amalkan ajaran Islam..kite mmg pcye yg rezeki tu Allah yg bg..ssh mcm mane pun..kne balik pd DIA jgk..bkn buat bnde bkn2..ada akal pk la sndiri yer..mmg btul..sume agama suruh penganut die hormat agama lain..bukan kutuk caci tunding sesama sendiri..pokok pangkal hati dan Iman..
ReplyDelete