Tuesday, 9 August 2011

Info : Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia

Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung. Pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah
menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT
Dan berbagai-bagai lagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.
p/s : Ini cuma untuk menceriakan hari anda :-)) tidak ada kena mengena dengan isu politik atau mana-mana pihak. thx : www.cikladies.com

24 comments:

  1. larh. siyes giler cx bace tau! grrrr~ tertipu mak Temah nak.. grr~ tk baik tau. heheh btw, nice entry :)

    ReplyDelete
  2. hahaaha nyaris den tertipu td...haha

    ReplyDelete
  3. lol, tertipu..ingatkan apa tadi huhu nice :)

    ReplyDelete
  4. hahaha.. OMG.. sy hampir tertipu.. tergelak bila baca sampai senarai tudung yg diharamkan.. gud one.. props.. haha

    ReplyDelete
  5. td dh hangin rasanya..sib baek mulut aku lum start beroperasi keleserannya...fuhhh selamat bru lepas sahur tu...

    ReplyDelete
  6. WHAT>>>>??? Eden tertipuuuu???
    hahahaha...sbr je la den nyaris tertipu..hampir nak tersentap dah tadi tu..hahahahaha

    ReplyDelete
  7. slamat aku baca smpi habes..haha..dem u

    ReplyDelete
  8. tahap kesabaran masih tinggi..aishh...

    ReplyDelete
  9. emm mula2 aku baca perenngan pertama.. ok aneh.
    terus turun bawah. sebab nak tengok ada sumber tak. ke just prank atau sarkis-ism. rupanya betul. joke.

    ReplyDelete
  10. streesnyeee..........

    ReplyDelete
  11. hahaha lawak,tumpang share yer admin

    ReplyDelete
  12. kurang asam...hahhahaha

    ReplyDelete
  13. x kelakar pun...

    ReplyDelete
  14. Isu mcm ni pn nk bt main2..nsb baik hbs bc..

    ReplyDelete
  15. Here is some of the latest designed Tudung or hijab for muslim women. Take a look on out online shops to choose for you.

    ReplyDelete
  16. ak da nek panas da tgk gtue..tiba2 lak sal tdung len..cibai...=_=..tp apa2 pun..nice story..hhahaha..

    ReplyDelete
  17. A great post - I continually feel that it's less simple than I previously thought.

    ReplyDelete
  18. Thank you, that was just an awesome post!!!.....

    ReplyDelete
  19. That is great to hear, thank you for reading!

    ReplyDelete
  20. Thank you, that was just an awesome post!!!

    ReplyDelete