Wednesday, 10 August 2011

Gosip : Putus Tunang "cukup perit" buat Elia, Bekas Tunang Khairul Fahmi


Hari ini, bekas tunang penjaga gol terkenal tanahair, Khairul Fahmi meluahkan perasaannya dalam blog Jejaruruncing menceritakan peristiwa paling perit yang telah berlaku dengan pertunangannya.

"Ya Allah.. peritnya nak buat entry kali ni.. entry yang paling perit pernah saya karang. Setiap jari jemari ini menaip, setiap kali itu saya cuba menahan sebak di dada dan takungan air di kelopak mata ni. Perit.. cukup perit hanya Tuhan yang tahu. Namun saya kena kuatkan diri menaip entry ini dan sekaligus beritahu kepada semua orang. Kawan-kawan sekolah, rakan-rakan baik, rakan cyber dan semua yang mengenali diri ni."

Jejariruncing menjelaskan pasal putus tunang antaranya dengan Khairul Fahmi dan ianya merupakan peristiwa paling perit sepanjang hidupnya : 

"Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (mungkin ini kali terakhir akan guna this nickname dalam blog ni) dah putus tunang. Walaupun belum secara officially mengikut adat, but hakikatnya memang bagi saya kami dah tak ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih bila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan."

Jejariruncing menjelaskan yang tidak ada gunanya untuk menceritakan lagi punca kes putus tunang mereka berdua kerana segalanya telah berakhir : 
"Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love."

Luahan hati buat kali terakhir dari Jejariruncing mengenai kes putus tunang dengan Khairul Fahmi : 

"Saya berharap segala kedukaan ni akan hilang dan Allah akan gantikan dengan keceriaan di masa yang akan datang, insyallah. Elia juga doakan semoga anda semua tidak akan melalui pengalaman yang sama seperti saya kerana percayalah, apa yang saya terpaksa lalui ni terlalu perit dan sadis. I wish none of you have to face this kind of situation in the future. "
"Uishh.. dalam perit tak perit pon leh tahan panjang gak entry kali ni. Maaflah kalau telah membazir masa korang baca entry ni. So setelah diterangkan panjang lebar, harap lepas ni dah tak nak dengar dah pasal benda ni. Terima kasih sekali lagi pada yang rajin hantar message kt facebook or twitter dan juga komen kat blog. Terima kasih juga buat anda yang mendoakan kebahagiaan saya dan MIA. Dan diharapkan anda tak berhenti mendoakan kebahagiaan kami. Sama ada kami akan kembali bersama atau berpisah untuk selamanya, itu semua terpulang kepada Allah SWT. He knows the best for us. Insyallah, di hari baik bulan baik ni Allah banyak bagi petunjuk. Syukur Alhamdulillah. Saya yakin, ada seribu rahmat dan hikmah di sebalik semua ini."

untuk baca penjelasan sepenuhnya sila ke : Jejariruncing

p/s : kami berharap agar kedua0dua pihak dapat hadapi semua ini dengan tenang. Ini cuma dugaan yang melengkapkan cerita hidup kita. 

2 comments: