Friday, 12 August 2011

Gosip : Miera Liyana dikatakan MAbuk dan Terlalu Mesra?

hasrulhassan
Selepas mencetuskan kontroversi dengan bajunya yang menjolokkan mata di Majlis Malam Gala Rafflesia & Mandalay beberapa bulan lalu, pendatang baru, Miera Liyana sekali lagi menjadi bualan hangat apabila gambar mesranya dengan pelakon baru, Lash Mokhtar tersebar luas di Internet.

GUA sempat bertemu dengan pelakon drama ‘Kamelia Katrina’ ini di majlis berbuka puasa anjuran Great Eastern Mall, malam tadi. Peluang ini digunakan untuk bertanyakan mengenai isu berkenaan.

“Gambar itu kami ambil ketika tengah lepak dengan kawan-kawan yang lain. Gambar itu hanya untuk suka-suka saja. Saya dan Lash hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Kami mula rapat ketika sama-sama menjalani penggambaran drama ‘Psikik’,” ujar Miera yang menafikan cuba mendapat publisiti dengan penyebaran gosip-gosip sebegitu.

“Saya bukan macam itu. Saya jenis orang yang tidak suka dengan publisiti murahan. Saya tidak tahu kenapa orang asyik dengki dengan saya saja.”

Ketika majlis tersebut, GUA juga sempat bertanyakan mengenai dakwaan ada pihak yang ternampak beliau mabuk di pusat membeli-belah, The Curve, Damansara, baru-baru ini. Sedih dengan gosip tersebut, Miera mengakui segala yang timbul adalah fitnah semata-mata.

“Entah apa-apa saja gosip itu. Tak baik tuduh saya macam itu. Bila dengar orang seksi saja, mabuk. Saya terkejut dengan berita ini sebab saya memang tak buat benda itu. Ini merupakan satu fitnah. Keluarga saya juga terkejut dengan cerita ini namun mereka semua faham dengan perkara ini.”

p/s : akustress tak nak la kutuk sesiapa tetapi sebolehnya artis kenalah menjaga kelakuan mereka. tak baik dipandang orang ramai terutamanya anak muda yang mudah terpengaruh. Nanti anak ini bagitahu ibu bapa kenapa ML ini boleh buat, saya tak boleh?

9 comments:

  1. cantik..tp sayang..:(

    sbg artis ptt dia kena sedar yg dia adalah public figure..org bkn nk dengki dia..tp kalau takda angin takkan pokok bergoyang..cubalah pandai sikit jaga diri..

    ReplyDelete
  2. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty btl 2...sbgai public figure kne la pandai2 jge diri spya x difitnah & ada nya gosip2 mcm ni lg.. renung2 kn lah..

    ReplyDelete
  3. salam..mcm2la artis ne..jgnla buat sesuatu xnk mengaku...kalo x jgn buat..kalo da dr sndr xbtol..pkai pn sexy..mak dia pn ok je...urmm...so jgn pelikla kalo "fitnah" tu dtg...neway,yg ne bkn fitnah tp kenyataan..sy sndr pnh nmpk depan mata dia smoking dan kissing dgn bf dia dpn public..ms tu dpn mcd dkat one utama..bkn nk buka aib org..rseny dia perlu berubah

    ReplyDelete
  4. dia ni bekas GRO kot

    ReplyDelete
  5. amboiiii pehaaa..terjojol tak mata parents dia ni tgk?? err..errr..dia ni tak malu ker??bukn org nak fitnah..tp aksi..pakaian..leh mngundg fitnah..adoiii...stersssss aku..tolonglahhh tutup sikit bnda yg tak ptut org tonton!!!!!adoiiiii

    ReplyDelete
  6. seriously...aku tak kenal siapa miera liyana ni???bukan sebab aku x tengok tv...tapi bila aku tengok tv,xde pun muka dia...asyik2 fazura...asyik2 nora danish....

    ReplyDelete
  7. dah bodoh,bodoh jugak...

    ReplyDelete
  8. org tua yg kurang pengetahuan agama akan melahirkan anak yg lebih kurang ilmu agamanya...ermmmm...klo xnk kene fitnah, jagalah tingkah laku anda..

    ReplyDelete
  9. guys! Dye cuma pakai mcm 2 saja. Jangan salah erti.

    ReplyDelete