Wednesday, 24 August 2011

Gosip : Juliana Evans dan Zizan Raja Lawak Tak Pernah Bercinta??

 Sebenarnya mereka berdua tak pernah bercinta, semuanya hanya gosip semata-matanya. Jadi lelaki bujang atau wanita bujang anda masih berpeluang. Mari kita baca apa komen Juliana dan Zizan mengenai gosip tersebut : 
JULIAN EVANS :

Tiada apa yang melucukan buat pelakon dan pengacara jelita yang berwajah Pan-Asian, Juliana Evans, selain daripada digosipkan bercinta dengan Zizan Raja Lawak.

Kata Juliana Evans, dia sama sekali tidak pernah bercinta dengan Zizan Raja Lawak, apatah lagi untuk menyayangi lelaki tersebut. Namun, dia turut akui semua itu berlaku mungkin disebabkan kedua-dua mereka sememangnya rapat sewaktu sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng.

"Kami memang rapat dan kenal dah lama. Apabila keluar gosip mengatakan kami bercinta, kami sekadar boleh ketawa sahaja. Tak mungkin saya akan bercinta dengan dia.

"Kami memang berkawan rapat dan kerana itu, ia memudahkan kami untuk sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng," katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton filem Hantu Bonceng yang diadakan di Pawagam Odean, semalam.

Menafikan terbitnya cinta lokasi atau kisah cinta yang dicipta sekadar gimik untuk melariskan filem tersebut, ucap Juliana Evans, semuanya itu berlaku secara kebetulan. Bahkan dia sama sekali tidak akan memutuskan persahabatannya kerana gosip tidak berasas tersebut.

"Tak akanlah kerana gosip tersebut, kami terus tak mahu berkawan. Kami berkawan baik dan saya memang tak ada masalah dengannya. Kenal dah lama dan filem ini juga merupakan kesempatan kali pertama untuk kami sama-sama bekerjasama," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai wataknya dalam filem tersebut kata Juliana, filem horror komedi itu mencabar kredibilitinya kerana membawakan watak hantu yang memerlukan kesabarannya yang cukup mendalam buat dirinya.

"Watak saya sebagai hantu memang lebih banyak dipaparkan di dalam filem ini. Saya terpaksa memakai kanta lekap berwarna putih. Padahal, saya memang jenis yang tak pakai kanta lekap. Sakitnya, Tuhan sajalah yang tahu dan ia memang membuatkan saya menangis selalu tapi kerana ia menuntut saya untuk bertahan dengan situasi berkenaan untuk satu tempoh yang lam," katanya yang akan menyambut raya di Perak.

ZIZAN RAJA LAWAK :
Bintang Raja Lawak, Zizan akui dia lebih selesa berkawan dengan pelakon dan pengacara, Juliana Evans berbanding menyimpul ikatan cinta di antara mereka berdua. Malah, Zizan Raja Lawak turut mendakwa mereka lebih sesuai bersama sebagai kawan dan bukannya sebagai pasangan kekasih.

"Memang tak ada cinta antara kami, namun saya tak nafikan kami memang kawan rapat. Kalau diberi peluang untuk pilih Juliana untuk jadi sebagai kawan atau kekasih, saya akan pilih dia sebagai kawan.

"Kawan ni, kita boleh berkawan selamanya dan berkongsi segala masalah. Bercinta kalau tak sehaluan dah jadi lain dan kita akan mudah kehilangannya. Dia juga jenis yang ampu bezakan di antara kerja dan kawan," katanya mengulas mengenai gosip hubungan cinta antara mereka yang diperkatakan sebelum ini.

Menolak kenyataan wujudnya cinta lokasi ketika mereka sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng, Zizan Raja Lawak menjelskan, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Malah, jauh sekali semua itu dirancang mereka bagi menarik perhatian umum untuk menyaksikan filem berkenaan.

"Tak ada bibit cinta di antara kami. Yang ada cuma keserasian. Disebabkan itu, senang untuk kami bekerjasama. Bukan kami yang merancang untuk mewujudkan gimik bercinta untuk menarik orang datang tengok filem ini," katanya lagi.

Ditemui pada majlis pra tonton filem Hantu Bonceng di Pawagam Odean, semalam, kata Zizan lagi , dia banyak belajar dan bertukar pendapat bersama wanita berkenaan.

"Dia banyak pengalaman dan banyak ilmu yang saya dapat daripadanya. Semua orang sekeliling kita merupakan aset buat kita dan saya tak mahu kehilangan aset tersebut. Apa yang pasti saya senang nak berbual dan berkongsi masalah bersamanya,"jelasnya lagi.

Bercerita mengenai watak Amran yang dibawakannya dalam filem arahan Ahmad Idham berkenaan, kata Zizan, watak tersebutnya sememangnya berat. Meskipun, ianya sebuah filem komedi namun dia enggan mencipta komedi tersebut. Sebaliknya, dia mahu komedi itu wujud dengan sendirinya.

"Banyak adegan yang susah untuk saya lakonkan dalam filem ini. Tapi, saya telah cuba berikan yang terbaik. Saya tak mahu cuba buat komedi tapi saya mahu orang ketawa kerana komedi itu wujud dengan sendirinya.

"Malah, antara babak yang susah untuk dilakonkan adalah sewaktu ianya dilakukan di kubur kerana saya perlu serius namun ada juga saya lihat orang ketawa ketika itu. Selain itu, babak ketika saya ditinggalkan dalam keadaan tak berbaju dan hanya memakai boxer. Memang malu rasanya masa itu kerana dilakonkan di tempat umum. Tapi saya cuba kawal diri dan nak cepat-cepat selesaikan babak itu," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment