Masih diselubungi kisah sedih, personaliti televisyen sensasi Jimmy Shanley hanya mengharapkan yang terbaik buatnya serta keluarga. Tambahnya lagi, di sebalik setiap kepahitan, pastinya ada sinar kemanisan buatnya di bulan puasa ini.
“Saya berharap dapatlah menjalani ibadah puasa ini bersama keluarga dan anak di sisi. Saya hanya merancang, namun semuanya akan ditentukan Allah.
Soal kerjaya tidaklah begitu sibuk di bulan puasa ini. Puasa tetap puasa. Cuma niat saya ingin memenuhkan ibadah Terawih saya pada tahun ini dan beraya di Mekah tahun ini. InsyaAllah.”
Jimmy juga berharap dapat bersama-sama bayi perempuannya yang baru saja lahir bulan lalu. Dia juga mengharapkan agar dapat menyiapkan keperluan bayi perempuannya.
“Bulan Ramadan ini yang lebih penting sebenarnya masih yang wajib. Ramai yang tersilap bila mereka melebih-lebih yang sunat tetapi yang wajib tidak dilakukan. Ini sangat salah. Tunaikan yang wajib dahulu, baru buat yang sunat ikut kemampuan. Kalau boleh saya nak seimbangkan kedua-duanya.”
Bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 23 Ogos lalu, pengacara itu akan turut menyambut Aidilfitri di sana sekaligus.
“Sebab utama saya memilih untuk beraya di sana adalah kerana ibu saya meninggal dunia di sana pada musim Haji tahun 2002. Orang pun sedia maklum dengan situasi saya sekarang yang berhadapan dengan masalah peribadi, itulah sebabnya lebih baik saya beraya di sana saja,” ujar Jimmy dengan tenang.
golden goose sneakers
ReplyDeletehermes belts for men
supreme clothing
yeezy boost 700
kd shoes
moncler jackets
golden goose
longchamp handbags
longchamp handbags
kawhi leonard shoes