Nampaknya penghujung Syawal ini menjadi pilihan 2 selebriti terkenal iaitu Noraniza Idris dan Norman Hakim untuk menamatkan status janda dan duda kerana masing-masing telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melangsungkan hari bahagia merek pada tarikh 29 September 2011 nanti.
Ratu Tradisional kita ni pun sudah sah bakal menjadi isteri kepada pak bilal dari Kota Singa manakala Norman Hakim yang bakal mengahwini Memey pada hari yang sama telah mendapat penajaan yang besar untuk hari bersejarah nanti. Murai Batu pun doakan agar jodoh mereka berpanjangan.
Masih bercakap tentang kahwin, tiba-tiba ada suara manis berbisik di telinga Murai Batu mengatakan pelakon yang baru kehilangan bapa iaitu Fizo Omar turut sama bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Syawal ini. Aik, betul ke? Kenapa secara mengejut? Murai Batu tak pernah dengar pun Fizo Omar bercinta?
Dengarnya, untuk majlis perkahwinanya itu nanti, Fizo omar akan menumbangkan lembu pada majlis tersebut. Bagaimanapun, Murai Batu yang ada berjumpanya beberapa hari selepas arwah ayahnya meninggal tidak pula diberitahu akan hal ini. Adakah ini satu provokasi saja? Bila fikir semula, takkanlah Fizo nak kahwin dalam keadaan sedih ini. Atau pun, jodoh Fizo telah ditetapkan oleh arwah ayahnya itu?
Sungguhpun berita ini masih lagi samar-samar, Murai Batu ada mendapat tahu, Fizo memang akan mengadakan majlis pada hari raya nanti tetapi ianya lebih kepada kenduri arwah dan open house. Dek kerana majlis inilah juga, Fizo akan menumbangkan seekor lembu peninggalan arwah ayahnya itu.
Dalam kesamaran mencari konklusi akan berita gembira ini, sumber Murai Batu ada menambah dan memberitahu bahawa Fizo memang ada mengakui bahawa hatinya sudah pun dimiliki. Namun, wanita yang bertakhta dihatinya itu bukanlah datang dari golongan artis. Yeke bukan artis? Tiba-tiba teringat pula cerita Fizo dan Shila Amzah.
Hmmm...selepas mendengar apa yang disampaikan sumber ini, Murai Batu rasa teruja sangat nak mengetahui kesahihan berita ini. Yelah, mesti semua peminat Fizo tak sabar-sabar nak tahu siapakah wanita yang berjaya bertakhta dihati pelakon kacak lagi seksi ini. Al Maklumlah, kawan baik Fizo si Kamal Adli sudah pun bahagia dengan Intan Ladyana, Fizo pula masih lagi menyembunyikan wanita kesukaannya itu.
Apa kes pun, Murai Batu dimaklumkan, Fizo ada membuat pengakuan eksklusif tentang hal kahwin ini dalam program Kepohnya Raya yang bakal disiarkan pada hari raya pertama di Astro Ria jam 4 petang. Katanya, Fizo turut berkongsi kenangan suka duka hari raya dia bersama arwah bapanya. Jangan lupa tonton tau!
haha
ReplyDelete