Friday, 29 July 2011

Gosip : Aminar Alfian Sumpah Dia Tidak Pernah Mencekik Kekasihnya, Puteri Sarah Liyana


Dah seharian murai.com.my cuba dapatkan Ammar Alfian untuk mendapatkan kenyataan lebih lanjut pasal isu pergaduhannya dengan kekasihnya, Puteri Sarah Liyana hingga dikatakan wujud insiden pukul-memukul, cekik-mencekik dan tampar-menampar.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di kediaman Ammar Alfian di Damansara baru-baru ini dan akibat kekasaran tersebut, Puteri Sarah Liyana dikatakan telah membuat laporan polis.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang hal tersebut, salah seorang wartawan murai.com.my cuba hubungi Ammar, sayangnya telefon bimbitnya asyik ditutup saja. Jadi, tak dapatlah team murai.com.my bertanyakan lebih lanjut tentang insiden tersebut.

Apapun, Murai Batu telah pun dimaklumkan daripada seorang teman bahawa kejadian tersebut sama sekali tidak benar. Dia berani berkata begitu sebab dia sendiri telah menghubungi Ammar.

Bukan setakat untuk bertanya apa sebenarnya yang berlaku, tapi teman ini pun kononnya nak menasihati Ammarlah disebabkan tindakannya yang disifatkan keterlaluan itu.

Tapi, Ammar pulak mati-mati menafikan wujudnya perkara tersebut. Siap bersumpah dengan nama Allah lagi. Kata Ammar, dia pun terkejut bagaimana boleh tercetusnya laporan tersebut dan dia juga tidak tahu bagaimana berita tersebut boleh disiarkan sebegitu rupa.

Sebab, apa yang ditulis di dalam laporan tersebut, bukan saja tidak benar. Sebaliknya, ia juga sama sekali tidak wujud.

Jelas teman Murai batu lagi, memang Ammar dan Puteri Liyana ada bergaduh. Tapi, dia bergaduh secara kecil-kecilan saja. Tapi, tidaklah sampai nak tangan, mencekik atau bagi penampar.

Sebab tu dia terkejut bila baca laporan berita tersebut. Malah, kekasihnya, Puteri Sarah Liyana pun terkejut sama. lebih-lebih lagi, bila orang tanya, keadaan dirinya. Okey ke tak? Macam mana pulak dengan lebam-lebam kat badannya.

Teman Murai Batu beritahu, Ammar bukan saja kecewa dengan laporan berita yang tidak berasas tu, tapi dia jugak rasa sedih. Kenapa mesti ada laporan berita yang tidak benar macam tu. kalau pun ada wartawan yang tak suka pasal dia, takkan sampai macam teruk sekali, diaorang buat laporan macam tu.

Yang buatkan Ammar rasa pelik, macam mana laporan sebegitu boleh wujud. Sedangkan insiden sepertimana yang dilaporkan itu memang lagsung tidak wujud. Begitu juga dengan kehadiran seorang wanita di rumahnya serta Puteri Sarah Liyana yang dikatakan mempunyai kunci pendua rumahnya.

p/s: Memang nama dah artis kan banyak dugaan macam-macam tuduhan pula tu. Harap-harap semua ini memang tidak pernah berlaku dan doa semoga mereka bahagia.

1 comment:

  1. Memang stress la kalau tak buat perkara seperti tu tapi laporan wujud

    ReplyDelete