Saturday, 30 July 2011

Berita : Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Meninggal Dunia.


Kontroversi yang melanda insan bernama Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana akhirnya tamat apabila dia meninggal dunia pada jam 5 pagi tadi.. Baru- baru ini permohonan di mahkamah untuk menukar jantina telah ditolak. Gambar Aleesha ada di bawah klo ade yang tak kenal.. Jom ikuti cerita selanjutnya..
 
KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.  Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. 

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. 


Sumber: MyNews



12 comments:

  1. x smpt nk b'taubat... x smpt plak nk smbut bulan Ramadhan

    ReplyDelete
  2. Simpati untuk Arwaryarham... semoga ALLAH mengampuni dosanya...

    ReplyDelete
  3. tak tahulah nak cakap apa. mudah-mudahan allah ampuni dosanya,amin.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah dapat mengampunyi ke atas dosa2nya yg telah diperlakukan.
    Amin....,,

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah..semoga dtempatkn d kalangan orang2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  6. betul ke? innalillah...smoga dtmptkn dkalangan hamba yg diredhai Tuhan..amin

    ReplyDelete
  7. Allah syg hamba2 dia..dr die tros melakukan perkara yg x sepatutnya better Allah amik dier

    ReplyDelete
  8. al fatihah buat arwah..jadikan apa yg berlaku sbagai pedoman ntok kita semua

    ReplyDelete
  9. Kesian mak ayah die.... Smoga arwah ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman....

    ReplyDelete
  10. Dgr cite die mmg ade 2 jantina. Tp permohonan mahkamah ditolak sbb DNA dye laki..

    Papepon, Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  11. Tk sempat nk bertaubat,Kalo meninggal time ramadhan at least allah akan ampunkan dia.

    ReplyDelete
  12. dgr kate mmg dia masalah jantina n jiwanya lebih tertarik kepada wanita btw sme2 kite doakan moga dia aman kt sne .. amin .. Al Fatihah ..

    ReplyDelete